Wednesday, July 20, 2011

Percutian terganggu gara-gara baju-T BERSIH

Percutian terganggu gara-gara baju-T BERSIH
Joseph Sipalan & Kow Gah Chie
Jul 18, 11
3:46pm


Ia sepatutnya satu percutian hujung minggu bagi sekumpulan empat remaja ke Cameron Highlands untuk menikmati keindahan alam semula jadi di pusat peranginan tersebut.

azlanSelepas hujung minggu yang begitu sibuk, apatah lagi dengan
perhimpunan BERSIH 2.0 dan pelbagai kontroversi yang timbul, maka ia adalah masa untuk berihat bagi tiga pembantu ahli parlimen Parlimen Seputeh yang juga setiausaha organisi nasional DAP, Teresa Kok (kiri).

Namun apa yang mereka tidak sangka ialah stigma BERSIH 2.0 itu terus menjejaki mereka hingga ke pusat peranginan tersebut.

Teh Hoong Keat, Lan Suet Ling dan Chin Kah Wai, bersama dengan seorang lagi rakan mereka, telah merancang untuk bercuti selama dua hari satu malam di Cameron Highlands Sabtu lalu untuk melunjur kaki dan mungkin juga untuk aktiviti meredah hutan.

bersih 2 shirt demandsNamun begitu, apabila waktu malam sudah berakhir, mereka telah hilang semua keinginan untuk menghabiskan percutian tersebut.

Teh berkata, mereka balik ke bilik hotel untuk berihat selepas makan malam dan mengunjungi pasar malam, apabila seorang kakitangan hotel mengetuk pintu bilik mereka pada kira-kira jam 12.45 tengah malam.

"Mereka meminta kami menukar bilik kerana terdapat satu keluarga
yang menginap di bilik sebelah dan kami mungkin agak bising.

"Pada masa itu, saya fikir dia ternampak kami memakai baju-T BERSIH di dalam bilik. Selepas kita bertukar bilik, kira-kira 10 minit kemudian, ada orang mengetuk dengan kuat pintu bilik kami."

Bila pintu dibuka, kata Teh, sekurang-kurangnya 13 orang yang menunggu di luar terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa memperkenalkan diri mereka.

NONE"Saya bertanya siapa mereka, dan seorang daripada mereka
menunjukkan ID - ketua inspektor Basar Safar. Dia berkata, pihak pengurusan hotel telah menghubungi pihak polis, memaklum ada sekumpulan orang yang memakai baju-T Bersih," kata Teh (tengah)

Katanya, Basar meminta mereka mengikut mereka ke ibupejabat polis daerah Cameron Highlands, dengan hanya memberi alasan bahawa ia adalah "isu keselamatan awam".

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170254

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...