Saturday, August 6, 2011

200k warga Indonesia daftar pengundi?

Posted by admin on August 6th, 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Ketua Umum PKR itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.

Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar.


http://www.kl-today.com/2011/08/200k-warga-indonesia-daftar-pengundi/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...