Ogos 20, 11 3:17pm
DAP mempersoalkan keikhlasan perdana menteri membentuk jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya kerana ia boleh menjadi sia-sia dan tidak mungkin membuahkan hasil sebelum pilihan raya umum.
"Rakyat Malaysia ditinggalkan dalam keadaan tertanya-tanya, apa yang perdana menteri mahu lakukan dengan jawatankuasa khas itu. Adakah beliau tulus?" soal pengerusi DAP kebangsaan Tan Seng Giaw (kanan).
Dalam kenyataannya hari ini, anggota parlimen Kepong itu menuntut Najib menjelaskan rasional kabinet memilih jawatankuasa khas ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah memulakan pertemuan dengan BERSIH 2.0 berhubung tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
Tan mendakwa, kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Menurutnya, Nazri berkata PSC akan mencadangkan penambahbaikan sistem pilihan raya untuk dilaksanakan dalam pilihan raya umum akan datang sedangkan Najib semalam berkata ia terikat dengan keputusan jawatankuasa itu.
[Baca berita penuh]
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/173613
No comments:
Post a Comment