Sunday, August 21, 2011

Pra-gaya politik acuhan?

Hazlan Zakaria
Ogos 21, 11
2:15pm


PENDAPAT Masih samar di balik tabir sejarah, tujuan Sukarno mahu Ganyang Malaysia sekitar 1963. Ada telahan yang dia mahu jadi jagoan, ganti kuasa Eropah yang bagaikan sireh pulang ke gagang, bak diktator Uganda Idi Amin yang mencanang kebangkitan imperialisme tempatan. Ataupun, adakah ianya pra-gaya politik acuhan?

Ada pemikir yang percaya Sukarno menggunakan konflik yang terus dinamakan Konfrontasi itu, untuk mengacuh rakyat Indonesia pasca-kemerdekaan, daripada masalah ekonomi, sosial and politik dalaman. 'Serangannya' terhadap Malaysia dijadikan umpan melencong kemarahan rakyat.

amin iskandar article 291008 sukarnoApa pun ceritanya, rancangan beliau makan diri apabila Partai
Komunis Indonesia (PKI), yang julungnya menyokong pelanggaran kedaulatan negara baru Malaysia, akhirnya mengkhianati beliau, ironisnya menggunakan kelengkapan yang diberi untuk Ganyang Malaysia, untuk melawan Sukarno.


Sementara ABRI, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia, yang hanya suam-suam dalam menyokong Konfrontasi terhadap Malaysia, sekaligus mengambil alih tampuk pemerintahan, selepas menngalahkan cubaan rampasan kuasa komunis.

Dalam kata lain, permasalahan yang cuba diumpan keluar Sukarno, akhirnya kembali memakan dirinya sendiri. Bak kata orang dulu-dulu, senjata makan tuan.

Tapi pemimpin Indonesia itu tidaklah bersendirian di Asia mahupun di dunia. Ada lagi yang memakai acuan politik acuhan seperti beliau. Untuk mencari contohnya, kita cuma perlu menyingkap sekitar bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur, mahupun istana-istana yang tersergam indah di Putrajaya.

Kecacatan sistem p'raya


NONESebagaiman laporan sumber-sumber bebas, politik acuhan memang menjadi polisi kerajaan Malaysia pimpinan BN. Sesuatu yang terang-
benderang dilakukan daripada tragedi May 13 ke Ops Lallang, sehinggalah pertuduhan yang komunis dan juga anasir asing, menjadi dalang disebalik kumpulam pro-pembersihan dan pemantapan pilihanraya, Bersih.

Acuan terbabit terus diikuti dalam telahan yang mengkritik sebagai pengkhianat, sesiapa yang menelanjangkan pemalsuan undi dalam tentera, dan juga cubaan mencucuh isu-isu sensitif perkauman dan agama oleh NGO, blog dan juga media massa, dalam genggaman BN, semuanya untuk menutup kecacatan sistem pilihanraya dewasa ini.

Tujuan rejim BN boleh dipantau sesiapa yang mahu berfikir secara rasional. Terdesak untuk menangani rentetan tentangan rakyat, terhadap pemerintahan basinya yang sudah 53 tahun itu, pihak yang memegang kuasa perlukan alasan untuk menindas rakyat yang celik dan menghuru-harakan mereka yang masih lagi dilitupi mata dek propaganga BN.

NONESemua ini tidak asing bagi sesiapa yang pernah menonton file produksi Hollywood, Wag The Dog. Apa yang terjadi di Malaysia adalah tersimpul sama tatkala. Ekornya (BN) sedang cuba untuk menggoyangkan badannya (rakyat), sementara kutu-kutu (NGO, blog, media massa kawalan BN) cuba menggeletek rakyat supaya dibuai tidur dan leka.

Pendekar-pendekar propaganda BN persis mengamuk, dalam cubaan mecalit hitam mereka yang melawan ketidakadilan kerajaan. Nescaya NGO, media dan blog yang dipipit BN pula, memain peranan mengaburi kebenaran dan menelingkupi mata rakyat.

Tetapi, seperti yang terpaksa ditelan pahit oleh Sukarno, politik acuhan adalah pilihan salah bagi strategi jangka panjang. Kemarahan rakyat sekali dibakar boleh juga makan tuan, semangat membara yang dijana boleh menjurusi keadilan, bukan kebathilan yang BN harapkan.

Isu domestik rakyat

Adalah lebih munasabah jika Pak Sukarno bergerak pantas menyelesaikan isu domestik rakyat ketika itu, bukannya mencucuh api kemarahan mereka. Suatu pengajaran pahit bagi beliau, tetapi bila mana sudah agak terlambat.

Bak kata-kata Perdana Menteri Britian ketika perang dunia ke dua, Sir Winston Churchill:

"Seseorang tidak sepatutnya membelakangi sesuatu bahaya dan cuba melarikan diri darinya. Jika anda berbuat demikian, bahananya akan berlipat kali ganda. Tapi jika bahaya tadi dihadapi dengan pantas dan tanpa gentar, bahananya hanya akan tinggal separuh."

Inilah pengajaran yang patut dipelajari oleh kerajaan pimpinan BN.

Cubaan untuk membelakangi dan melarikan diri dari permasalahan rakyat sudah lapuk dek zaman dan cubaan mengaburi mata rakyat juga semakin kurang berjaya, sedikit demi sedikit makin terungkai ikatan propaganda.

Pihak berwajib mesti berkerja untuk menyelesaikan masalah rakyat, itupun jika mereka masih lagi mahu pegang tampuk kuasa dan ikhlas menebus tanggungjawab sebagai kerajaan yang diberikan kepercayaan oleh undi rakyat.



http://malaysiakini.com/news/173670

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...