Monday, August 15, 2011

Dewan Cina cabar presiden Gerakan berdebat

Dewan Cina cabar presiden Gerakan berdebat
Ogos 13, 11 6:32pm


Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Tan Sri Tan Kok Ping akan mengajak Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berbahas secara terbuka sekiranya bekas ketua menteri itu terus mengkritiknya melalui media.

tan kok pin pc blame koh tsu koon 130811Tan (kiri), bekas naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang, berkata beliau tidak lagi boleh bertolak ansur dengan perbuatan Koh yang mengkritiknya melalui media dan langkah terbaik adalah mengadakan perbahasan secara terbuka.

Bercakap kepada pemberita hari ini bagi mengulas kenyataan Koh baru-baru ini bahawa "Tan buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008", Tan berkata: "Saya tak ada sebarang agenda peribadi apabila saya berkata sebelum ini bahawa Koh tidak berbuat apa-apa sepanjang 18 tahun beliau menjadi Ketua Menteri
Pulau Pinang.

"Saya tidak pernah teringin untuk menonjolkan diri seperti yang didakwa oleh Koh. Apa yang saya katakan sebelum ini (tentang Koh) adalah betul dan saya bercakap bagi pihak anggota PCCC."

Laporan hari ini menyebut Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata serangan politik terhadap beliau dirancang oleh seorang dalang yang ingin melihatnya melepaskan jawatan menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172929

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...