There was an error in this gadget

Monday, August 15, 2011

Kristianisasi: PAS serah pada Jais

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja.

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik PAS di ibu pejabat parti, di sini, petang tadi.

Selama ini, ujarnya pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

Oleh itu, jelasnya PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut.

“PAS berharap tindakan pendakwaan tersebut dapat dijalankan seberapa segera bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengapi-apikan isu ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama, tambah beliau PAS berharap semua pihak mendapatkan maklumat yang tepat, benar dan adil tentang peristiwa yang berlaku dan tidak disalahgunakan untuk menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan politik pihak tertentu yang akhirnya menimbulkan keresahan kaum di negara ini.

Beliau berkata, dalam rangka untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh bagi isu itu, PAS bersedia bertemu dengan kedua pihak iaitu Harapan Komuniti yang menjalankan majlis tersebut dan pihak Jais.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4902-kristianisasi-pas-serah-pada-jais

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...