Ogos 14, 11 12:29pm
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerahkan laporan awal kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemeriksaan yang dilakukan di majlis amal yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.
Mingguan Malaysia dalam laporannya yang memetik satu sumber, berkata laporan tersebut mengandungi maklumat bagaimana pegawai JAIS dan anggota polis melakukan "pemeriksaan" di premis tersebut dan mereka yang hadir.
Menurutnya, laporan awal tersebut telah diserahkan kepada menteri besar minggu lalu dan JAIS kini sedang melengkapkan siasatannya berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan.
"Laporan yang dihantar ke menteri mesar hanya laporan awal dan laporan lengkap sedang disiapkan. Selepas siap kita akan hantar laporan itu kepada pihak yang berkenaan," katanya kepada Utusan.

JAIS menghantar pegawainya dan anggota polis ke majlis amal anjuran NGO Harapan Komuniti di premis DUMC, selepas jabatan itu berkata ia menerima laporan mengenai kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam di situ.
http://malaysiakini.com/news/172962
No comments:
Post a Comment