Monday, August 15, 2011

Saman Hindraf: Peguam British pula diusir

Saman Hindraf: Peguam British pula diusir
Ogos 13, 11 10:45am


Jabatan Imigresen telah menghantar pulang peguam Britain Imran Khan, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam dalam misinya mencari fakta berhubung dakwaan masyarakt India di negara ini dipinggirkan.

Ini adalah kali kedua seorang peguam asing telah dusir dari negara tahun ini - bulan lalu, peguam Perancis William Bourdon, yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suaram dalam tuntutan saman di mahkamah berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene, diusir selepas beliau mendarat di KLIA.

imran khanImran (kiri), seorang peguam yang terkenal dengan kes-kes yang membabitkan perkauman, telah diarahkan pulang melalui penerbangan ke London pada jam 2 pagi hari ini selepas ditahan oleh Jabatan Imigresen untuk lebih 12 jam.

"Imran tiba di lapangan terbang KLIA pada 1:50 petang semalam dan ketika melalui kaunter imigresen, beliau memaklumkan kepada pegawai bertugas bahawa tujuannya ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan anak guamnya berhubung satu saman kelas ke atas kerajaan UK," kata pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy dalam satu kenyataan akhbar.

"Pegawai berkenaan memeriksa senarai orang-orang yang 'tidak dibenarkan masuk' dan serta-merta memberitahu Imran bahawa permohonannya untuk memasuki Malaysia adalah ditolak."

Waythamoorthy berkata pegawai-pegawai imigresen tidak dapat memberikan sebarang alasan berhubung larangan ke Imran daripada memasuki negara ini

"Menurut pegawai kanan imigresen itu, dia tidak mempunyai masalah membenarkan Imran masuk tetapi keputusan larangan itu datang daripada pejabat tertinggi Cawangan Khas di Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Beliau juga kemudiannya memberitahu bahawa polis menyifatkan Imran mungkin sebagai satu ancaman kepada keselamatan Malaysia."

Namun, seorang lagi peguam yang terlibat dalam kes berkenaan, Suresh Grover, telah dibenarkan masuk ke negara ini.

hindraf celebrate birthday in parliament 210508 s jayathasLawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.

"Peguam itu akan berjumpa dengan masyarkat India yang terpinggir dan mendapatkan maklumat daripada golongan yang terpinggir itu yang antara mereka, ada yang dinafikan kad pengenalan dan pendidikan," kata ketua penerangan Parti Hak Asasi Manusia S Jayathas (kiri) kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/172882

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...