There was an error in this gadget

Monday, August 15, 2011

Kebebasan bersuara: M'sia patuhi piawaian a'bangsa

Kebebasan bersuara: M'sia patuhi piawaian a'bangsa
Ogos 13, 11 11:12am


Kerajaan BN dalam jawapannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mendakwa kebebasan bersuara dan maklumat yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah setanding dengan piawaian antarabangsa.

azlanDalam jawapan 69 halaman laporannya kepada Suhakam 2010, yang dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen pada sidang Dewan rakyat yang lalu, sekatan yang dikenakan adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

"Perkara 19 (3) deklarasi itu memperuntukkan bahawa hak itu (kebebasan bersuara dan kebebasan meluahkan pendapat) boleh dihadkan oleh undang-undang dan pertimbangan untuk menjaga reputasi orang lain, keselamatan negara, ketenteraman awam dan prinsip moral," kata laporan kerajaan itu.

Berdasarkan hujah ini, kerajaan berkata undang-undang yang didakwa Suhakam sebagai menyekat kebebasan bersuara, meluahkan perasaan dan pendapat bersuara itu - sebenarnya adalah wajar.

"Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat bukannya mutlak... Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1"Salah guna kebebasan bersuara, seperti fitnah, ancaman dan kenyataan menghasut, boleh menyebabkan kegusaran dan menimbulkan ketegangan kaum masyarakat berbilang bangsa danmerupakan satu ancaman kepada keselamatan negara," petik laporan itu lagi.

Menurut kerajaan meskipun rakyat negara ini diberi jaminan kebebasan bersuara berdasarkan Perkara 10 (1) (a), namun ini adalah terhad dan ada peruntukan yang membolehkan Parlimen menyekat hak berkenaan melalui undang-undang.

"Selaras dengan Perkara 10 (2) perlembagaan persekutuan, undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 digubal.

azlan"Undang-undang ini bertujuan memastikan bahawa kebebasan bersuara dan maklumat di Malaysia tidak disalahgunakan serta keselamatan negara dan ketenteraman dilindungi," katanya.

Atas tujuan yang sama, laporan itu berkata kerajaan mencadangkan penubuhan majlis perundingan media yang mendapat tentangan hebat daripada pihak media.

"Kerajaan menadang etika kewartawanan penting dalam negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia," petik laporan itu lagi.


http://malaysiakini.com/news/172884

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...