Thursday, August 25, 2011

Jabatan Kimia tiada tauliah ASCLD

Posted by admin on August 25th, 2011

Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Selepas pakar patologi forensik Australia Dr David Wells memberi keterangan semalam, seorang lagi pakar asing – pakar DNA Dr Brian McDonald, pula dipanggil memberi keterangan hari ini dalam perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

McDonald, juga dari Australia, akan disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.

Ketika ditanya peguam, Ram Karpal Singh samada makmal tempatan seperti Jabatan Kimia Malaysia perlu mematuhi standard dan garis panduan ISO, Dr McDonalds memberitahu mana-mana makmal perlu mempunyai akreditasi.

Menurut pemahamannya, akreditasi makmal Jabatan Kimia Malaysia tamat pada Oktober 2005 dan hanya diperbaharui pada Oktober 2010.

Malah, katanya, ia juga tidak diakreditasi di bawah standard 17025 ISO yang kebiasaannya diperlukan mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji .

Sedangkan di Australia, mana-mana makmal akan diakreditasi setiap dua tahun.

Sekumpulan anti-Anwar yang memakai baju-T kuning berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, tempat perbicaraan kes liwat terhadap ketua pembangkang itu berjalan (gambar).

Mereka berulangkali melaungkan ‘reformasi’, serta membawa kain rentang bertulis ‘Selamat Hari Raya Peliwat 2.0′ dan ‘Justice for Saiful’.


http://www.kl-today.com/2011/08/jabatan-kimia-tiada-tauliah-ascld/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...