There was an error in this gadget

Thursday, August 25, 2011

Pakar asing: Sampel DNA tercemar tak boleh diterima

Ogos 25, 11 9:16am

Selepas pakar patologi forensik Australia Dr David Wells memberi keterangan semalam, seorang lagi pakar asing - pakar DNA Dr Brian McDonald, pula dipanggil memberi keterangan hari ini dalam perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

McDonald, juga dari Australia, akan disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.

LAPORAN LANGSUNG


anti-anwar ibrahim demonstration outside KL High Court sodomy II trial8.35 pagi: Sekumpulan anti-Anwar yang memakai baju-T kuning
berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, tempat perbicaraan kes liwat terhadap ketua pembangkang itu berjalan.

Mereka berulangkali melaungkan 'reformasi', serta membawa kain rentang bertulis 'Selamat Hari Raya Peliwat 2.0' dan 'Justice for Saiful'.

8:48 pagi: Pasukan pendakwa berada di mahkamah, begitu juga peguambela Ram Karpal dan Marissa Regina dan Christopher Fernando.

Marissa adalah anak perempuan mendiang Christopher Fernando, peguam yang bersama pasukan peguambela Anwar ketika perbicaraan kes liwat pertamanya.

8:55 pagi: Turut berada di mahkamah peguam ialah peguam Saiful - Zamri Idrus. Beliau tidak hadir semalam.

9:04 pagi: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution.

Masih ada tempat duduk kosong di dalam dewan mahkamah yang boleh menampung Kira-kira 70 orang.

9:13 pagi: Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng tiba dan dilihat bercakap dengan Anwar, yang berdiri dalam kandang tertuduh.

9:15 pagi:
Prosiding mahkamah bermula di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

9:16 pagi: Saksi pembela keempat, Dr Brian McDonald mula memberi keterangan dan disoal oleh peguambela Ram Karpal.

9:40 pagi: Ahli kimia Dr Seah Lay Hong Kimia, yang memberi keterangan sebelum ini, membantu pihak pendakwa sebagai konsultan. Beliau duduk di antara Yusof dan DPP Noorin Badaruddin.

9:46 pagi: McDonald berkata dia menyediakan satu laporan berasingan selepas mendapat data dari kedua-dua ahli kimia Malaysia.

Dokumen itu bertajuk ''Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI'. Beliau menyediakan laporan itu pada tahun 2009.

9:47 pagi: Beliau menjelaskan mengenai ujian forensik DNA.

9:53 pagi: Beliau menjelaskan mengenai 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.

10:01 pagi: McDonalds menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.

McDonald menjelaskan bahawa DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.

10:24 pagi: McDonald menjelaskan terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa. [Baca laporan langsung]

Sementara itu, Bernama melaporkan, seorang pakar DNA dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa tarikh pada dua bekas sampel sepatutnya disahkan dan dibetulkan sebelum analisis dibuat pada sampel yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Brian McDonald, dari Australia, saksi keempat pihak pembelaan, berkata ahli kimia Dr Seah Lay Hong atau Nor Aidora Saedon sepatutnya membetulkan tarikh 26 Jun 2008 yang tertera pada dua bekas sampel itu, sedangkan sebenarnya sampel itu diambil pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Ini merupakan amalan asas mana-mana makmal apabila mereka mendapati sebarang kesilapan, mereka perlu segera mengesahkannya, betulkannya dan dokumentasikan perubahan yang dibuat," katanya.

Kepada soalan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh sama ada beliau dapati, berdasarkan keterangan kedua-dua ahli kimia, terdapat cubaan untuk membetulkan tarikh itu, Dr McDonald berkata tidak.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan peguambela itu bahawa ahli kimia berkenaan sepatutnya menolak sampel itu dan berusaha mengesahkan kesilapan itu dengan pegawai penyiasat Supt Judy Blacious Pereira.

Dalam keterangannya sebelum ini, Dr Seah memberitahu hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bahawa beliau telah mengguna pakai semua cadangan Persatuan Aantarabangsa Genetik Forensik dalam menjalankan analisisnya, khususnya sampel yang diambil daripada kawasan dubur Mohd Saiful yang kemudiannya beliau mengesahkan adalah milik tiga individu.

Katanya beliau menerima sebanyak 10 bekas sampel daripada Pereira pada 30 Jun 2008 - lapan daripadanya bertarikh 28 Jun dan dua lagi bertarikh 26 Jun.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ditanya mengenai pendapatnya mengenai ketiadaan ujian air mani, Dr McDonald berkata prosedur itu amat penting dalam kes serangan seksual.

"Adalah penting untuk mengesahkan kehadiran sperma pada sampel yang diambil, dan mentafsirkannya dengan keputusan analisis makmal kemudiannya," katanya.

Prosiding hari ini juga menyaksikan pertikaman lidah antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila peguam itu membangkitkan isu akreditasi makmal-makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Mohamed Yusof membantah apabila Ram Karpal cuba menunjukkan kepada Dr McDonald salinan surat bertarikh 5 April tahun ini dialamatkan kepada pengarah bahagian forensik jabatan itu Lim Kong Boon, daripada American Society of Crime Laboratory Directors (ASCLD), kerana beliau (McDonald) bukan penerima surat itu.

Surat itu menyatakan bahawa lembaga pengarah ASCLD masih menimbangkan permohonan jabatan itu bagi lanjutan enam bulan lagi bagi mendapatkan akreditasi ASCLD, dari 18 April 2011 hingga 18 Oktober 2011.

Hakim Mohamad Zabidin menasihatkan peguambela itu menghubungi Lim bagi pengesahan surat itu.

Ram Karpal memberitahu pemberita kemudiannya bahawa sapina telah dikeluarkan ke atas Lim.

Perbicaraan bersambung esok.



http://malaysiakini.com/news/174044

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...