Tuesday, August 9, 2011

Kuil 34 tahun terselamat daripada dirobohkan

Kuil 34 tahun terselamat daripada dirobohkan
Aidila Razak
Ogos 9, 11
2:25pm

Kuil Sri Maha Kaliamman di persimpangan Jalan Temenggong dan Jalan Nakhoda Yusuf di Cochrane, Kuala Lumpur 'terselamat' daripada dirobohkan hari ini dan diberikan tempoh dua minggu lagi untuk tindakan seterusnya.

Ini berikutan campur tangan dan rundingan di antara ahli parlimen PKR-Batu Tian Chua dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan semalam.

ops scorpene dinner 220711 tian chuaMenurut Tian (kiri) beliau merayu kepada Saravanan untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh bagi memberi jawatankuasa kuil itu masa untuk berbincang dan menyampaikan keputusan mereka berhubung notis pengusiran yang telah dikeluarkan.

"Tindakan kerajaan menawarkan pampasan dan sekeping tanah untuk kerja-kerja memindah adalah dipuji, tetapi jawatankuasa kuil dan penganutnya enggan berpindah kerana kuil sekarang terletak bersebelahan sebatang pokok yang mereka anggap suci,” katanya ketika dihubungi.

Jawatankuasa kuil yang dibina pada 1967 itu diberikan tempoh dua minggu bagi menentukan sama ada mereka bersetuju menerima tawaran tanah lain oleh kerajaan yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi sekarang dan bayaran pampasan RM200,000.

Kerajaan juga bersetuju menempatkan tiga keluarga yang menumpang di tanah kuil itu ke kawasan perumahan di Cheras dan Puchong.

Adalah dipercayai jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan pemindahan itu diketuai oleh pengerusi Hindu Sevasangam, Ramaji, jawatankuasa kuil dan perwakilan NGO serta peguam.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Saravanan berkata hasil rundingan, pihak kementerian bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu keluarga yang mendiami kuil tersebut untuk berpindah dengan memberikan bantuan pemindahan seperti penyediaan lori.

saravanan kl draft plan 220808 01Katanya, kerjasama semua pihak terlibat iaitu Kementerian Kewangan; Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri; DBKL dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyumbang kepada penyelesaian perkara itu termasuk dalam memberikan tawaran berkenaan.

Memandangkan tapak tersebut akan dibangunkan dengan pembinaan bercampur yang melibatkan komersial dan kediaman termasuk pembinaan laluan MRT, kerajaan menetapkan bahawa kuil tersebut akan ditempatkan semula ke Jalan Nakhoda 1, berhampiran Kuil Sri Muneeswarar dan Asrama Tun Dr Ismail.


http://malaysiakini.com/news/172436

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...