Tuesday, August 9, 2011

MAS bakal raih faedah

MAS bakal raih faedah
Ogos 8, 11 2:52pm

Malaysia Airlines dijangka mendapat lebih banyak faedah daripada perjanjian pertukaran saham dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd dalam jangka terdekat, kata penganalisis.

Dengan pertukaran saham berkenaan, kedua-dua syarikat penerbangan itu mungkin tidak lagi bersaing sesama sendiri tetapi boleh memanfaatkan secara terus kekuatan dan kemampuan masing-masing, kata HwangDBS Vickers Research di Kuala Lumpur hari ini.

airasia and malaysia airlineFirma penyelidikan itu berkata kedua-dua pihak berkemungkinan dapat menikmati kuasa pembelian yang lebih baik sebagai entiti gabungan.

"Apa yang kami percaya lebih penting ialah perjanjian ini boleh membantu meletakkan semula dan memulihkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan perjalanan jauh utama," demikian menurut firma itu dalam nota penyelidikannya.

Saham kedua-dua syarikat digantung agangan mulai hari ini selama dua hari sehingga pengumuman yang akan dibuat syarikat-syarikat tersebut.

Semasa ditutup pada Jumaat, saham AirAsia pada RM3.95 manakala Malaysia Airlines pada RM1.60.

HwangDBS Vickers Research berkata perkongsian itu akan menyaksikan kedua-dua syarikat penerbangan mengembangkan saiz kumpulan pesawat mereka kepada 228 pesawat, yang terbesar di rantau ini.

air asia airasia aircraftBagi AirAsia pula, sebagai entiti besar dan dengan Khazanah Nasional sebagai pemegang saham, membolehkannya berada pada kedudukanyang lebih baik untuk mendapat lebih banyak laluan dan hak pendaratan di dalam dan luar negara.

Mengikut perjanjian itu, syarikat penerbangan dijangka beroperasi sebagai entiti berasingan pada peringkat operasi tetapi mungkin berkongsi dasar dan pengarah bersama.

Ia juga dijangka membawa kepada perubahan dalam pengurusan dalam syarikat penerbangan negara, kata firma itu.

Sementara itu, ECM Libra pula dalam nota penyelidikannya berkata perkongsian berkenaan akan membolehkan AirAsia meneruskan apa yang terbaik dilakukannya dengan persaingan yang berkurangan, manakala Malaysia Airlines boleh memberi tumpuan kepada segmen premium dengan pulangan hasil yang lebih baik.

azlanMenurut firma itu, terdapat peluang bagi penjimatan kos memandangkan kedua-dua syarikat penerbangan berpeluang mendapat harga yang baik bagi pembelian pesawat di masa depan serta meminimumkan sumber berganda seperti dalam bidang penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Dilaporkan perjanjian pertukaran berkenaan akan melibatkan Khazanah Nasional akan menguasai sebahagian besar pegangan dalam pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd.

Tune Air pula, mungkin menguasai sehingga 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines melalui langganan saham baru pada harga diunjur pada premium pada harga pasaran.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172323

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...