NGO dakwa JAIS temui bukti dokumen
Ogos 9, 11 2:31pm
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menemui bukti berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan dalam serbuan di Gereja Mathodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.
Persatuan Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Dzulkhaini Hussain mendakwa, soalan itu antaranya bertanyakan tentang malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, maksud Islam, Muslim dan Quran, lapor Berita Harian.
Dr Dzulkhaini mendakwa, apabila JAIS dan polis masuk membuat pemeriksaan selepas menunggu 20 minit, pihak gereja didakwa mengoyak dan membuang kertas itu dalam tong sampah.
"Serpihan kertas dibuang dalam tong sampah itu berjaya ditemui dan persoalannya ialah kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah," beliau dipetik sebagai berkata.
Dr Dzulkhaini dilaporkan bercakap bagi pihak 45 NGO Islam Selangor.
Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan pelbagai usaha "NGO" dan "NGO Kristian" untuk memurtadkan umat Islam melalui bantuan wang ringgit.
Antara laporan itu, Ketua Penerangan PERKASA Ruslam Kasim dengan memetik satu sumber berkata, terdapat lebih 100 ibu tunggal dikesan menjadi pengunjung tetap DUMC.
"Kesemua mereka dikatakan terpijak bantuan diberikan pihak gereja, perkara ini tidak boleh dipandang ringan...," beliau dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, menurut seorang ibu tunggal yang ditahan dalam pemeriksaan semasa serbuan itu mendakwa sebuah NGO mensasarkan golongan itu yang kurang berkemampuan sebagai penyebar agama itu.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azlin mendakwa, beliau sendiri ditawarkan jawatan tinggi dalam agama terbabit, lapor harian itu.
http://malaysiakini.com/news/172437
No comments:
Post a Comment