Tuesday, August 9, 2011

Perjanjian tanah dimeterai sebelum kelulusan kabinet

Ogos 9, 11 3:41pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat urusan pembelian tanah di Pulau Indah sebelum surat rasmi keputusan Jemaah Menteri dikeluarkan.

NONEBekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, memberitahu mahkamah bahawa surat rasmi dikeluarkan pada 20 Nov 2002 iaitu 14 hari selepas Jemaah Menteri membuat keputusan manakala LPK membuat surat urusan pembelian pada 6 Nov 2002.

Katanya surat kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) itu dikeluarkan pada hari yang sama dengan mesyuarat Jemaah Menteri iaitu pada 6 Nov 2002 dan KDSB membalasnya sehari selepas itu (7 Nov 2002).

Abdul Rahman berkata kebiasaannya surat rasmi mengenai keputusan Jemaah Menteri akan dikeluarkan seminggu selepas mesyuarat dan bukannya pada hari yang sama.

abdul razak baginda altantuya case 040607 tun majid tun hamzahBeliau yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah (kiri) dalam perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berkata surat rasmi tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Zakaria Bahari.

Surat itu menyatakan keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan keputusan pada 2 Okt 2002 yang bersetuju perolehan tanah dibuat mengikut terma-terma yang dipersetujui antara KDSB dengan LPK, antaranya harga tanah bernilai RM25 sekaki persegi.

Katanya sebelum surat rasmi dikeluarkan, dokumen perjanjian jual beli tanah seluas 1,000 ekar (404.6 hektar) di Pulau Indah juga telah ditandatangani, antara LPK dan KDSB pada 12 Nov 2002.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling, Abdul Rahman berkata penyediaan dua dokumen bertajuk 'nota pengambilan balik Pulau Indah untuk projek mega distribution hub oleh LPK' (disediakan untuk Jemaah Menteri) tidak melibatkan Dr Ling.

Beliau berkata Dr Ling juga tidak meminda pada draf nota tersebut serta ia tidak diserah kepada Dr Ling untuk dibuat ulasan.

azlanKetika ditanya Wong adakah beliau bertanggungjawap memberitahu Dr Ling sekiranya terdapat percanggahan di dalam dua dokumen tersebut, Abdul Rahman berkata: "Ya."

Abdul Rahman turut memberitahu bahawa keputusan yang dibuat Jemaah Menteri adalah tidak bertentangan dengan dua dokumen tersebut.

Ditanya berhubung tujuan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Abdul Rahman berkata ia dirancang untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan utama di negara ini dengan menjadikan Jabel Ali Free Zone di Dubai sebagai model.

Dr Ling dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

ong tee keat pkfz klang visit 060508 12Beliau juga menghadapi dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172451

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...