Tidak banyak dibicara soal pelan pengalihan kuasa pimpinan Sarawak. Pastinya, beberapa ahli politik telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa Taib Mahmud, dan ada juga yang berkata ahli politik itu, yang telah menjadikan jawatan Ketua Menterinya itu sebagai sebuah monarki, masih relevan untuk pembangunan Sarawak. Bagi mereka, ada beberapa rancangan yang hanya boleh dilakukan oleh beliau untuk rakyat Sarawak.
Mungkin juga di mana masih ada 16 empangan akan dibina dan tanah-tanah yang akan dirampas dan sehingga setiap perniagaan adalah di bawah kawalan keluarganya. Pemimpin-pemimpin yang ada di tampuk terlebih lama mempunyai tabiat pemikiran yang mereka ini hidup abadi. Dan inilah yang kelihatan dengan Taib Mahmud. Beliau dilihat akan hidup selamanya di mata pengikut-pengikutnya.
Maka, ramai yang akhirnya hanya menunggu orang lama politik itu sampai ajalnya. Ya, ini teruk buyinya tetapi Taib telah melakukan panyak perkara teruk kepada ramai orang. Dan di antara orang yang menunggu untuk Taib bertemu ajalnya termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan kuncu-kuncu politiknya dari semenanjung.
Taib keluar, UMNO masuk?
Dulu wujud satu pemikiran bahawa sekiranya Taib tiada, UMNO boleh bertapak di Sarawak. Tetapi, dalam beberapa tahun ini, walaupun tanpa Taib, rakyat Sarawak akan menjadi orang pertama yang akan berkata mereka tidak mahukan UMNO. Untuk memahami ini, seseorang itu hanya perlu melihat ke seberang dari Sarawak ke Sabah dan melihat kegagalan pengurusan UMNO apabila mereka diberi peluang mentadbir kerajaan.
Jadi untuk masa sekarang, Najib mebiarkan Taib sendiri, memberi ruang waktu untuk mengambil langkahnya. Taib sudah pun terpaksa berhadapan dengan penyiasatan rasuah oleh tiga negara ke atas pelbagai perniagaan yang mempunyai kaitan dengannya secara langsung atau tidak. Dan jika rasuah sahaja tidak mencukupi, beliau terpaksa akur dengan kemungkinan untuk dijadikan saksi untuk kes perceraian anaknya, Abu Bekir Mahmud di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Jangan silap, perceraian ini adalah isu rumit untuk Taib. Kes-kes rasuah luar negara boleh diketepikan dengan litigasi dan sebagainya tetapi perceraian anaknya mungkin akan mendedahkan kekayaan keluarganya – dan secara tidak langsung Taib sendiri – yang telah mereka kumpul selama ini.
Separuh-separuh
Isteri Abu Bekir, Shahnaz Abdul Majid memohon penyelesaian perceraian sebanyak RM400 juta, satu jumlah yang banyak tetapi kenapa RM400 juta?
Shahnaz telah menyerahkan permohonan pada 21 Februari untuk mendapat RM300 juta dalam harta sepencarian dan RM100 juta dalam mutaah. Dia meminta 50% daripada semua aset-aset seperti kereta mewah, rumah-rumah di beberapa lokasi dan tanah di Sarawak, syarikat-syarikat dan saham-saham. Alternatifnya, dia meminta aset-aset itu dijual dan hasilnya dibahagikan sama rata di antara mereka.
Dalam permohonan harata sepencariannya, Shahnaz menyatakan bahawa Mahmud memegang jawatan pengerusi eksekutif di Syarikat Cahya Mata Sarawak dan aset gabungannya termasuk saham-saham di 15 syarikat berbeza termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd serta simpanan dalam unit-unit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Amanah Saham Berhad.
Oleh itu Bekir mampu untuk membayar jumlah yang dimintanya.
Berapa nilai Taib
Shahnaz mempunyai MBA dalam Kewangan dan pada satu masa pernah duduk di dalam Lembaga untuk Cahya Mata Sarawak. Jadi dia benar-benar tahu nilai kewangan Cahya Mata Sarawak dan nilai sebenar kekayaan Taib.
Jadi, apakah nilai sebenar kekayaan Taib sekarang? Berapa banyak bilion dan kosong yang akan terlibat? Adakah beliau benar-benar di antara orang terkaya di dunia?
Penyelesaian perceraian itu akan memberikan sedikit pengetahuan, dan lanjutan penyiasatan daripada agensi-agensi pencegah rasuah asing akan menambah lagi maklumat untuk memastikan angka yang tepat. Dan sementara semua ini sedang berlaku, SPRM hanya duduk diam di sudut “mengumpul maklumat”.
Permintaan untuk membincang soal kekayaan Taib di Parlimen baru-baru ini dihentam oleh Speaker Dewan dengan alasan perkara itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Ya, SPRM sedang mengumpul maklumat tetapi agensi asing dan rakyat kelihatan mendapatnya lebih cepat berbanding mereka!
http://www.kl-today.com/2011/10/anak-cerai-dedah-harta-berbilion-taib/
No comments:
Post a Comment