Sunday, October 23, 2011

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

Satu lagi pertubuhan ahli akademik tampil mempertahankan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya.

Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Abdul Aziz.

azlan"ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengutarakan pandangan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang undang-undang.

“Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya berhujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi,”
kata presidennya, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.

Katanya, ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kerana Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Beri pengharagaan

Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila pakar perlembagaan itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

azlanBeliau dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi.

Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual.

NONEKemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.

Bagi Mohd Fuad, pakar perlembagaan itu sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara serta tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga.

“Sebagai seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya kerana ia merupakan sebahagian daripada kebebasan akademik yang dimiliki oleh setiap ahli akademik.

uia aziz bari protest 211011“Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya.

Sementara itu,Bernama hari ini melaporkan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Datuk Jaafar (SDJ) Datuk Syed Hussien Al-Habshee membandingkan penggantungan tugas Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor dan mempersoalkan sikap berat sebelah pembangkang.

Berlagak hero

Katanya, pihak pengurusan UIA dan rektornya perlu diberi peluang untuk menyelesaikan isu penggantungan tugas Abdul Aziz dan Pakaatn Rakyat tidak sepatutnya membuat tuduhan yang tanpa asas.

azlan"Apabila kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor diikuti peletakan jawatan Naib Canselornya, kita tidak nampak sebarang usaha daripada parti pembangkang untuk mempertahankan nasib mereka. Mengapa hanya kini mereka mahu berlagak sebagai hero," katanya kepada Bernama hari ini.

Syed Hussien juga mempersoal tindakan Pakatan yang mendakwa penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini tetapi ketika ketiga-tiga kakitangan Unisel itu dipecat, tidak pula kedengaran laungan daripada mereka tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini.

NONESehubungan itu, beliau menasihatkan Abdul Aziz supaya menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa.

"Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar PAS atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya.

Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...