Friday, October 7, 2011

PAKAR SAH ANWAR SAKIT TULANG BELAKANG

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 6TH, 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri dan isterinya supaya hadir menjadi saksi perbicaraan.Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu dengan menyatakan kedua mereka tidak relevan sebagai saksi dalam kes berkenaan.Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuat menerusi peguam mereka dengan mendapat sokongan penuh pihak pendakwaraya.

Bagaimanapun peguam yang diketuai Karpal Singh membantah permohonan itu dengan menegaskan bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berjumpa Najib, empat hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008.

Selepas hakim membuat keputusan, pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela. Beliau dijangka akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar.

Dr. Hoogland adalah saksi ketujuh pembela mengangkat sumpah di kandang saksi pada jam 9.45 petang dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.

Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.

Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah.Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.

Dr Hoogland memberitahu mahkamah bahawa beliau pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.

Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Peguam Anwar, Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).

Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.

Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.

Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami ‘spinal stenosis’. ( satu penyempitan luar biasa (stenosis) tulang belakang yang boleh berlaku dalam mana-mana daripada kawasan-kawasan tulang belakang).

http://www.kl-today.com/2011/10/pakar-sahkan-anwar-sakit-tulang-belakang/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...