There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2011

SURAU DILARANG DIBINA DI KAZAKHSTAN

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 15TH, 2011

ALMATY: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, kelmarin meluluskan undang-undang ketat berkaitan agama, yang antara lain melarang surau dibina dalam bangunan pemerintah.Langkah itu dilihat bertujuan menyekat pengaruh militan tetapi dikecam ulama negara itu dan Barat.Undang-undang itu turut mensyaratkan semua institusi dakwah di negara itu mendaftar dengan pihak berkuasa setiap tahun.

Nazarbayev (gambar bersama PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semasa Najib melawat ke negara itu beberapa bulan lalu), 71 tahun, telah memerintah Kazakhstan lebih 20 tahun sebagai pemerintah kuku besi sekular.

Sehingga tahun ini, negara yang didiami seramai 70 juta penduduk Islam berusaha mengelak daripada keganasan yang dilihat berlaku di tengah Asia, negara bekas Soviet seperti Uzbekistan dan Tajikistan.

Bagaimanapun, pengeboman nekad pada Mei lalu dan penahanan kumpulan yang didakwa merancang keganasan pada Ogos lalu meningkatkan kebimbangan kemunculan militan menyebabkan Encik Nazarbayev melaksanakan undang-undang baru bagi mengekang kelompok ekstremis.

Undang-undang yang diluluskan itu mencetuskan perdebatan hangat.

Ia antara lain melarang bilik solat di semua institusi negeri. Mufti Kanan Kazakhstan, Absattar Derbisali, berkata undang-undang ini akan mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan meningkatkan kegiatan militan.

Kumpulan hak asasi di Barat termasuk Organisasi bagi Kerjasama dan Keselamatan di Eropah melahirkan kebimbangan mengenai sekatan kebebasan agama.

Antara langkah terbaru yang diambil oleh pemerintah bagi mengekang golongan militan ialah menyekat sementara laman web asing pada Ogos lalu selepas mahkamah memutuskan bahawa mereka menyebarkan propaganda pengganas dan menyuntik kebencian agama.

Sebelum ini, di Malaysia, Kementerian Luar Negara telah mendedahkan bahawa lawatan dua hari Najib ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal

http://www.kl-today.com/2011/10/surau-dilarang-dibina-di-kazakhstan/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...