Wednesday, October 8, 2008

Pencuri Berpendidikan Tinggi Berjaya Melepaskan Diri - Tun M


Posted by: pinkturtle2 October 7, 2008


Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan "pencuri!"Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan - Tun M

Mahathir: Khairy mampu tewaskan Mukhriz, calon lain

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.

“Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah:

“Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan “pencuri!”,” kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.

Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan.

“Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan “semoga berjaya” kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.

Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

“Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain,” katanya.

Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda.

Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya.

http://www1.mstar.com.my

http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/10/07/8919/

Tiga budak dakwa jadi hamba seks


PETALING JAYA: Memeranjatkan apabila tiga kanak-kanak yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan di sini, akhirnya membuka mulut selepas tidak tahan dijadikan `hamba seks' oleh seorang penghuni lelaki berusia 13 tahun yang gemar mencabul mangsa secara sorok-sorok.

Difahamkan pelajar berusia 13 tahun itu yang turut menghuni rumah kebajikan berkenaan dikatakan menjadikan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai sasaran melepaskan keinginan seksualnya.

Sumber polis berkata, siasatan mendapati suspek turut mempunyai keinginan seksual luar biasa apabila gemar meliwat kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, perbuatan tidak senonoh itu dipercayai mula dilakukan suspek terhadap ketiga-tiga mangsa sejak lebih sebulan lalu tanpa diketahui penghuni lain.

http://www.hmetro.com.my/07102008

Tangguh nikah demi cari bapa kandung

MUAR: Sepatutnya dia mendirikan rumah tangga tahun lalu, tetapi disebabkan keinginan berwalikan bapa sendiri, seorang eksekutif di sebuah syarikat di Kuala Lumpur terpaksa menangguhkan hasrat itu untuk meneruskan impian sejak kecil.

Ini kerana, Rafidah Shaari, 30, tidak pernah berpeluang mengenali ayah kandungnya selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah sejak dia berusia setahun lebih.

Menurutnya, ayahnya Shaari Che Mat kini berusia 64 tahun, seorang anggota polis ketika berpisah, manakala ibunya seorang mualaf.

“Saya hanya tahu ayah berasal dari Kelantan dan langsung tidak mengetahui perkembangan terkini mengenainya selepas mereka berpisah,” katanya yang bakal mendirikan rumahtangga pada 26 Oktober ini.

Rafidah berkata, selepas ibu bapa berpisah ayahnya dipercayai berpindah tempat bertugas ke kawasan lain.


Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan ayahnya termasuk cuba mencari ke negeri asalnya, namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.

“Saya sudah tidak tahu ke mana hendak mencarinya, ini jalan terakhir dan berharap jika sesiapa atau saudara-mara yang mengenalinya dapat memaklumkan kepada saya.

“Antara sebab terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan selama setahun kerana berusaha mengesan ayah kandung yang tidak pernah saya kenali.

“Saya tidak tahu bagaimana rupanya, kalau berselisih bahu belum tentu tahu dia ayah saya, malah saya juga tidak tahu sama ada dia masih hidup atau sudah tiada.

“Sesiapa yang mengenali ayah, saya berharap dapat hubungi saya di alamat No 51, Jalan Sri Cempaka 6, Taman Sri Cempaka, Jalan Junid atau hubungi talian 014-2288930,” katanya.

Menurutnya, ibunya tidak banyak bercerita mengenai ayahnya.

“Dia membesarkan saya sendirian dengan bekerja bertungkus-lumus termasuk mencari kayu bakau untuk membuat kayu arang bagi menyara sata sehingga memperoleh ijazah,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/07102008

Penganggur amuk pinangan ditolak

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my


KUALA TERENGGANU: Gara-gara pinangannya ditolak keluarga wanita disukainya, seorang penganggur mengamuk sambil melibas sebilah parang pemotong daging pada malam raya kedua, Khamis lalu.

Lelaki itu mengamuk kira-kira jam 9.30 malam di depan rumah wanita berkenaan di Jalan Bunga Raya dekat Dungun.

Seorang penghuni rumah berkenaan yang ketakutan melihat lelaki terbabit bersenjata tajam segera menghubungi polis.

Beberapa pegawai dan anggota polis serta anggota Unit Peronda bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat seorang lelaki sedang melibas parang dipegangnya.

Malah, lelaki berusia 23 tahun dari Jalan Nibung Stesen, Dungun itu turut didakwa mengeluarkan kata-kata mengenai kekecewaan cintanya ditolak seorang wanita hingga menyebabkan dia nekad mengamuk.

Bagaimanapun, pegawai dan anggota polis berkenaan berjaya memujuk suspek kira-kira sejam sebelum mententeramkannya dan merampas senjata terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan K Manoharan, berkata ketika suspek ditahan, wanita berusia 22 tahun yang bekerja di Paka, Dungun, itu, sudah keluar rumah kerana terlalu takut.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk menjalani pemeriksaan mental.

Sehari sebelum kejadian, kata Manoharan, wanita terbabit membuat laporan polis berikutan suspek dikatakan mengugutnya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa tidak mahu berkahwin dan menolak cintanya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan ugutan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

“Suspek dibawa ke Hospital Tampoi, Johor Bahru, Johor, untuk pemerhatian selama sebulan,” katanya.

Beliau berkata, seorang pegawai polis turut membuat laporan pada malam kejadian di Balai Polis Dungun selepas suspek ditahan.

http://www.hmetro.com.my/07102008

Krisis kewangan meruncing


SEBUAH kenderaan melepasi sebuah cawangan Bank Landsbanki di Reykjavik, Iceland semalam.

--------------------------------------------------------------------

LONDON - Krisis kewangan global terus meruncing dengan saham-saham bank di Britain menjunam sehingga 40 peratus manakala lebih 300,000 pemegang akaun Icesave di Bank Landsbanki, Iceland dihalang mengeluarkan wang masing-masing setelah bank itu hampir muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Canselor Exchequer yang setaraf Menteri Kewangan, Alistair Darling dijangka membuat kenyataan mengenai krisis itu selepas beliau berlepas pulang lebih awal dari mesyuarat Menteri-Menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU).

Kejatuhan mendadak saham-saham perbankan itu berlaku berikutan kebocoranya maklumat sulit perbincangan ketua pegawai bank-bank dan Perbendaharaan pada malam kelmarin.

Satu sumber memberitahu, Royal Bank of Scotland (RBS), Bank Lloyds TSB dan Bank Barclays meminta Kementerian Kewangan untuk mempercepat program menyelamat entiti perbankan dengan kos sebanyak £50 bilion (RM306 bilion).

Editor Bisnes Perbadanan Penyiaran British (BBC), Robert Peston menulis dalam laman blognya bahawa tiga bank berkenaan setiap satu daripadanya memerlukan pakej bantuan £7.5 bilion (RM46 bilion) dan tambahan £7.5 bilion lagi dalam bentuk jaminan Perbendaharaan.

Barclays dalam satu kenyataan menafikan laporan berkenaan dengan menyatakan pihaknya tidak pernah memohon bantuan modal daripada kerajaan kerana tidak ada asas untuk berbuat demikian.

Pengerusi RBS, Sir Fred Goodwin bagaimanapun mengesahkan khabar angin dengan menyatakan pelan menyuntik modal adalah keputusan kerajaan kerana lambat laun ia perlu dibuat juga. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/08102008

Artikel ditulis, dua hari sebelum tertuduh ke RTM


RAJA PETRA

PETALING JAYA - Seorang penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendakwa pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin ada menulis dalam laman web itu mengenai wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, dua hari sebelum menyertai rancangan "Blog" siaran stesen televisyen itu.

Hasshim Abu Hanifah, 49, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam bahawa Raja Petra dalam program televisyen yang dikendalikan olehnya (Hasshim) memberitahu bahawa dia (Raja Petra) telah menulis mengenai Altantuya dalam laman web itu.

Beliau berkata, Raja Petra berkata demikian semasa segmen "Keterbukaan" dalam rancangan yang mengandungi tiga bahagian iaitu "Pengenalan Blogger", "Keterbukaan" dan "Sumbangan Blogger".

Katanya, Raja Petra merupakan tetamu jemputan episod kedua program itu yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 ke seluruh negara pada 27 April lalu.

"Kalau tak silap, beliau (Raja Petra) ada menyebut dua hari sebelum rancangan itu disiarkan beliau ada menulis mengenai Altantuya," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd. Yusof dalam sesi soal pemeriksaan utama.

Hasshim, merupakan saksi kedua pihak pendakwaan yang memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan Raja Petra, 58, yang dibicarakan terhadap tuduhan menerbitkan artikel berbaur hasutan.

Artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell diterbitkan dalam www.malaysia-today.net pada 25 April.

Semasa ditanya oleh Ishak kenapa perlu beliau membaca artikel itu di laman web itu, Hasshim berkata, ia bertujuan memudahkan beliau mendapatkan maklumat dan menyediakan isi kandungan untuk menemuramah Raja Petra dalam rancangan itu.

Ketika menjawab soalan peguam bela J. Chandra mengenai program RTM itu, Hasshim berkata, rancangan itu merupakan satu rancangan terbaru yang diterbitkan oleh RTM sejak 20 April lepas, dan ke udara selama 20 minit bermula dari pukul 8.40 malam.

Hasshim, yang juga merupakan penerbit dan pengacara rancangan itu, menafikan dakwaan Chandra bahawa rancangan itu cuba memerangkap atau meraih perhatian para penonton ketika disiarkan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/08102008

Khariri sepatutnya letak setem 40 sen

KUALA LUMPUR - Penderma hati, Ahmad Khariri Al-Hadi Md. Yusop sepatutnya meletakkan setem bernilai 40 sen bagi setiap suratnya bagi memastikan ia sampai ke destinasi ditujukan.

Ketua Kumpulan Bahagian Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Datin Rohaiza Hashim berkata, surat yang dipos Ahmad Khariri mungkin tidak menepati nilai pos berdasarkan prosedur.

"Semua suratnya dikesan di Pusat Mel Bukit Raja tidak menepati nilai pos yang sepatutnya iaitu 30 sen sahaja dan apabila berlaku kejadian seperti itu, surat tersebut akan dikembalikan semula kepada pengirimnya untuk tindakan selanjutnya.

"Tapi apa yang terjadi surat-surat itu menggunakan kepala surat Jabatan Pelajaran Selangor di Seksyen 4, Shah Alam dan itu kenapa ia (surat) dihantar kembali ke sana.

"Sebelum itu, salah satu surat telah dibuka sebagai sampel untuk mengesan alamat pengirim dan petugas Pos Malaysia juga mendapati kesemua surat mempunyai saiz, bentuk dan berat yang sama," katanya.

Sehubungan itu, surat-surat itu telah dikumpulkan dan dikembalikan kepada Jabatan Pelajaran Selangor bersama-sama surat pemberitahuan - Pengeposan Yang Tidak Mengikut Peraturan Pos untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Pos Malaysia dalam kenyataannya tidak mengulas mengenai kenyataan Ahmad Khariri yang mendakwa suratnya dilonggokkan di sebuah premis di Shah Alam.

http://www.kosmo.com.my/08102008

Mengemis untuk hidup

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan AMMAR JAZLAN MAD LELA
berita@kosmo.com.my



WARGA Bangladesh mencuba nasib menyauk ikan dengan kain langsir terbuang di bawah jejambat stesen LRT Damai di Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Memang ada yang lari dan terpaksa mengemis di merata tempat kerana nak cari sesuap nasi... baik buat macam itu daripada terus kebuluran."

Itu pengakuan seorang warga Bangladesh yang menetap di bawah jejambat berhampiran stesen LRT Damai di sini mengenai rakan-rakannya yang mengambil keputusan untuk lari meninggalkan 'perkampungan' itu akibat hidup terseksa gara-gara tiada penyelesaian yang dicapai walau sembilan bulan mereka terdampar di situ.

Dia yang dikenali sebagai Syed, 30-an memberitahu, kumpulan itu sanggup berbuat demikian kerana tekanan demi tekanan terpaksa ditanggung sekian lama.

"Logik mereka buat macam tu, sudahlah ditipu oleh ejen yang tak bayar gaji dan pukul mereka, datang sini (LRT Damai) ingatkan masalah boleh selesai tapi lebih derita.

"Kami lihat, sampai sekarang tak ada sebarang inisiatif daripada pihak Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh untuk bebaskan kami," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ditanya sama ada kumpulan itu tidak gentar akan menjadi buruan pihak berkuasa kerana tidak memiliki pasport, kata Syed :

"Lebih baik kena tangkap sebab boleh balik ke kampung halaman."

Seorang lagi warga Bangladesh, Khokon, 21, memberitahu, dia terpaksa 'tebal muka' berhutang dengan kawan-kawan untuk berbelanja.

"Mereka pun bukannya banyak duit... apa yang saya tahu ramai warga Bangladesh di sini yang minta wang kat kampung... sepatutnya kita yang bagi duit kat mereka, sekarang sudah terbalik," katanya kesal.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati, segelintir Bangladesh di situ terpaksa menggunakan kreativiti tersendiri dengan menyauk ikan menggunakan kain langsir terbuang.

Malah ada juga yang dilihat mengutip botol terpakai yang dibuang di sekitar Sungai Gombak berhampiran untuk dijual bagi mengelak terus kebuluran.

http://www.kosmo.com.my/08102008

Mufti akui mangsa 'permainan politik'



Jimadie Shah Othman Oct 7, 08 7:53pm

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".

"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.

"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.

Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.

Oleh itu, tambahnya, beliau berhasrat menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyampaikan hajatnya dan memohon perkenan baginda.

Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.

Diminta menjawab kenyataan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak menghormati keputusannya yang menyambung perkhidmatan sehingga tahun depan, Dr Mohd Asri berkata:

"Saya baik dengan beliau. Mungkin beliau tidak gembira dengan keputusan saya ini.”

Mufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

http://www1.malaysiakini.com/news/90853

Khalid jelas sebab pertikai 3M PAS


Abdul Rahim Sabri Oct 7, 08 6:01pm

Saranan agar PAS tidak terlalu menekankan syarat "majoriti Melayu-Muslim" (3M) sebelum menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan hanyalah untuk perbahasan, jelas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.

"Ia adalah cetusan idea untuk difikirkan. Kalau semua syarat kita diterima dan menguntungkan kita, susah kepada parti-parti lain (dalam Pakatan Rakyat) menerima PAS," kata Khalid Samad ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli parlimen Shah Alam diminta mengulas tulisannya di blog peribadinya yang menyifatkan syarat tersebut "agak sukar" memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh Umno.

Dalam tulisannya itu, Khalid menyebut: "Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi tidak boleh elak daripada memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah.

"Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasati ia tidak akan ditandatangani.

"Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (saw) terpaksa membenarkan kalimah 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' serta istilah 'Rasullullah' digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy.

"Namun Hudaibiyyah diisytiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul (Pembukaan) Mekah."

Dalam blognya juga, Khalid berkata: "Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan mengambil kira potensi itu, perlu berani dan yakin terhadap pertolongan Allah untuk maju ke hadapan. Dengan itu, apa yang dilihat sebagai satu kerugian boleh berubah menjadi kejayaan.

"Perjuangan semestinya memerlukan pimpinan mengambil risiko yang dipertimbangkan terdahulu atau “calculated risk” (risiko yang diperhitungkan).

"Perjuangan yang tidak sanggup mengambil risiko tidak akan maju dan tidak akan ke mana-mana. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko tidak akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang."

"Oleh itu, jika dikaji secara objektif, beliau bertanya apakah risiko yang akan terpaksa kita hadapi sekiranya majoriti ahli parlimen Pakatan Rakyat adalah bukan Islam? Pada pandangan saya, amat minimum sekali.

"Pertama, Islam dan kedudukan Melayu dilindungi Perlembagaan (Persekutuan). Tuntutan perlembagaan akan pasti dipertahankan oleh semua institusi termasuk Yang di-Pertuan Agong.

"Kedua, sekiranya bermasalah dan terancam, PAS boleh keluar dari pada Pakatan Rakyat pada bila-bila masa dan pada ketika itu kerajaan PR akan terbubar dengan sendirinya," tambahnya.

Berbanding dengan risiko yang minimum ini, tegasnya, potensi kebaikan sebaliknya begitu menggunung sekiranya Pakatan Rakyat bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih kuasa di peringkat pusat.

"Namun, potensi ini akan hanya tercapai sekiranya diusahakan. Ia tidak datang bergolek dan oleh itu mesti ada kesungguhan dan keyakinan terhadap kemampuan Islam untuk menawan hati semua yang melihat.

"Kalau kita tidak yakin dengan potensi yang ada, lagi mudah melepaskan sahaja peluang ini tanpa mengambil apa-apa risiko," katanya.

"Mungkin masalah kita sekarang ialah kita tidak lihat perlunya rakyat Malaysia keluar daripada bawah pemerintahan Umno/BN. Pemerintahan zalim ini yang ditolak oleh rakyat kita anggap lebih baik daripada Pakatan Rakyat semata-mata kerana bilangan ahli parlimennya (nanti) bukan terdiri dari majoriti Melayu-Muslim.

"Maka amatlah malang sekiranya kita terpaksa melihat pada akhirnya kerajaan yang zalim dan korup gagal ditumbangkan kerana PAS!" tulis Khalid lagi.

Mengulas lanjut maksud tulisannya itu, Khalid berkata, beliau menyamakan hal ini dengan perjanjian Hudaibiyah kerana ia memberi keuntungan pada masa depan kepada PAS dan Pakatan.

"Ia memberi persamaan (dengan perjanjian Hudaibiyah) kerana memberi keuntungan kepada kita (Pakatan) pada masa hadapan iaitu, BN tidak akan mengganggu kerana kita bentuk kerajaan dan pengiktirafan DAP kepada PAS," katanya.

Beliau menambah, antara manfaat lain yang diperolehi sekiranya Pakatan membentuk kerajaan ialah membolehkan demokrasi tertegak, media menjadi lebih bebas dan rakyat bebas membuat pilihan dan penilaian.

"Ia membuatkan kedudukan kita menjadi lebih kukuh," jelasnya.

Bagaimanapun, tegas Khalid, buat masa kini PAS akan terus bersama Pakatan selagi gabungan tiga parti besar itu memberi manfaat kepada perjuangannya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar PAS tidak tergesa-gesa keluar daripada Pakatan di peringkat pusat, sekiranya majoriti ahli parlimen gabungan pembangkang terdiri bukan Islam.

Sebaliknya, Khalid menyarankan agar PAS mengadakan muktamar khas untuk memutuskan kedudukan parti itu dalam Pakatan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90841

Pemuda PAS: Gambar Anwar bukan patung

Jimadie Shah Othman Oct 7, 08 12:33pm

kemaskini 3:32pm Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.

"Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh.

"Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar," kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan replika gergasi itu menunjukkan PKR mendewa-dewakan pemimpinnya, Sallehen berkata:

"Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.”

Mohd Ali semalam turut menimbulkan persoalan sama ada pembinaan replika itu diterima oleh PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, projek mendirikan gambar itu inisiatif penyokong Anwar sendiri dan oleh itu, sudah tentu kepimpinan tertinggi PAS tidak dimaklumkan.

"Malah saya rasa, Anwar sendiri pun tidak tahu (sebelum timbul kontroversi)," katanya.

Mengulas pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang dilaporkan berkata, gambar besar itu "membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera", Sallehen berkata:

"Boleh jadi mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri (replika itu)."

Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

"Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat.

"Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.

Beliau mengulas kesediaan wakil rakyat PKR Batu Caves, Amiruddin Shari untuk menurunkan replika itu apabila permit kelulusannya yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang tamat tempohnya tidak lama lagi.

Viriya menambah, sebelum replika itu didirikan pada 28 September lalu, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan "tidak salah" membina imej sedemikian.

Katanya lagi, beliau tidak mendapat sebarang aduan membantah daripada penduduk setempat dan hanya mengetahui kontroversi replika itu melalui media.

"Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur," katanya.

Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ.

"Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk," kata Viriya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90804

Tuesday, October 7, 2008

Pemimpin muda sukar naik dalam Umno...


Muda Mohd Noor Oct 7, 08 2:48pm

Ketua Umno bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau menawarkan diri bertanding untuk jawatan timbalan presiden Umno sebagai mewakili suara orang muda dalam Umno.

“Saya menawarkan diri ini supaya diberi peluang untuk menarik orang muda, bukan sahaja yang ada dalam parti tetapi yang di luar supaya menyokong semula Umno.

“Orang muda dalam Umno susah hendak naik kerana birokrasi, iaitu kenaikan berdasarkan kekananan jawatan dalam parti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ibu negara semalam.

Ahad lalu, Nur Jazlan,42, menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden Umno.

Selain beliau, dua lagi pemimpin yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Nur Jazlan berkata, selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, MT nampaknya tidak begitu berupaya melakukan perubahan untuk menarik orang muda menyokong dan menyertai Umno.

“Sistem birokrasi dalam Umno menyebabkan orang perlu naik setapak demi setapak," katanya.

'Mesej orang muda'

"Parti (Umno) ada memberi tempat kepada orang muda tetapi lambat dan oleh kerana itu perlu mencari mekanisme supaya bakat baru dapat ke depan," katanya.

Nur Jazlan berkata, beliau mula memikirkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia menjadi serius selepas Ahmad Zahid mengumumkan beliau bertanding jawatan tersebut baru-baru ini.

"Saya cuma menawarkan diri tetapi bahagian yang menentukan. Jika tidak cukup pencalonan, saya tidak layak bertanding.

"Jika tidak mendapat pencalonan mencukupi saya tidak kecil hati, saya masih siuman, saya tidak gila.

"Saya hendak menyampaikan mesej orang muda iaitu perubahan-perubahan yang dituntut oleh mereka.

"Orang muda perlukan seseorang dan sebenarnya tiada sebab untuk mereka tidak menyokong Umno," katanya.

'Tahu ukur baju'

Nur Jazlan berkata, niat beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno ialah untuk membawa perubahan dalam parti.

Katanya, dalam Umno hanya suara presiden dan timbalan presiden yang boleh membawa perubahan dalam parti.

"Jika wajar saya bertanding jawatan itu, maka calonkan saya tetapi saya tahu ukur baju di badan sendiri.

"Saya akan tulis surat kepada ketua-ketua Umno bahagian untuk menerangkan sebab-sebab saya bertanding," katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak pernah berunding dengan ketua-ketua Umno bahagian di Johor berhubung keputusannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden.

Katanya, Umno perlu membuat perubahan dan meremajakan parti dengan cepat untuk menarik semula sokongan pengundi khususnya di kalangan orang muda.

Beliau berkata, orang muda dalam pembangkang telah diberi tempat untuk memegang pelbagai jawatan seperti wakil rakyat dan menteri besar.

"Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng umpamanya masih muda kerana baru berumur 40-an," katanya.

Nur Jazlan pernah menjadi exco pergerakan Pemuda Umno selama lapan tahun iaitu dari 1996 hingga 2004.

Selain menjadi ahli Parlimen Pulai, beliau juga merupakan ketua Umno bahagian tersebut sejak 3003.

http://www1.malaysiakini.com/news/90813

Mesyuarat khas BN isu peralihan kuasa Umno

Oct 7, 08 1:18pm

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

"Mesyuarat itu akan diadakan pada 3.30 petang esok," katanya kepada Bernama hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata yang beliau akan mengumumkan hari ini atau esok sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Walaupun beliau tidak membayangkan apakah keputusannya nanti, Abdullah yang juga pengerusi BN, dijangka mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Semalam, Abdullah berkata, beliau akan bertemu pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat untuk memaklumkan perkara itu.

"Rakan-rakan kita dalam BN sudahpun membuat andaian bahawa mereka lebih suka dimaklumkan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat panel aenasihat antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

"Mereka mahu dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku," tambahnya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90808

Tanding presiden: Pak Lah tidak umum hari ini

Oct 7, 08 1:06pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan mengumumkan hari ini sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan.

“Tidak ada pengumuman hari ini,” katanya ringkas kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2008, di ibunegara hari ini.

Mereka mengaju soalan tersebut ekoran kenyataan Abdullah semalam bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenainya dalam tempoh 48 jam.

Semalam beliau dilaporkan berkata: "Saya akan tentukan esok atau Rabu".

Keputusan yang dinanti-nantikan itu mula dimaklumkan selepas satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno penghujung bulan lepas.
Dalam mesyuarat tersebut, MT telah menangguhkan mesyuarat agung dan pemilihan Umno, yang pada asalnya dijadualkan Disember ini, ke Mac tahun depan.

Banyak pihak menjangka perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan presiden ekoran tindakan beberapa pemimpin Umno, termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding timbalan presiden.

Seorang lagi pemimpin Umno yang turut menawar diri bertanding jawatan timbalan presiden adalah ketua bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merupakan anak kepada bekas setiausaha agung Umno, Datuk Mohamad Rahmat yang juga bekas menteri penerangan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90807

Perak mungkin 'rampas' tapak kem tahanan ISA


Athi Veeranggan Oct 7, 08 7:06pm

Kerajaan negeri Perak mungkin mengambil langkah perundangan tidak lama lagi untuk mengambil balik tapak Kem Tahanan (Kemta) di Kamunting yang menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mungkin diminta mengambil balik tanah milik kerajaan negeri itu yang menempatkan Kemta tersebut dan sekaligus memaksa kerajaan pusat di Putrajaya memindahkannya ke tempat lain.

Ahli Exco kerajaan Perak, A Sivanesan berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat exco supaya kerajaan negeri mengambil balik tapak yang menempatkan Kemta sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Ia dijadikan tapak pusat tahanan tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan BN, sebelum Akta Pengambilan Tanah dikuatkuasakan.

Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum Mac lalu. Selama ini, ketiga-tiga parti komponen Pakatan - PKR, PAS dan DAP - mengecam ISA yang memboleh seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Sivanesan berkata, memandangkan Pakatan mengecam ISA, maka adalah munasabah jika kerajaan negeri mahu Kemta itu dikeluarkan dari negeri tersebut.

"Jika Barisan Nasional mahu menyimpan kem tesebut sebagai harta karunnya, maka pindahkanlah kem tesebut ke kawasan dalam bidang kuasanya di Johor atau Pahang, supaya Kemta jauh dari pandangan kami.

"Saya pasti semua rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan, terutama pemimpin dan penyokong Pakatan di seluruh negara, pastinya menyokong cadangan tersebut," katanya.

Menurut Sivanesan, kerajaan negeri boleh, melalui undang-undang, mengambil balik tapak tersebut dan meruntuhkan Kemta, untuk membina rumah, hospital dan sekolah di situ.

Dengan itu, katanya, kerajaan negeri Perak dan Pakatan boleh membuktikan yang mereka tidak mahu ada kena mengena dengan penguatkuasan undang-undang tersebut.

http://www1.malaysiakini.com/news/90849

Calon digesa jangan politik isu saham Nanyang



Oct 7, 08 3:52pm

Seorang ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Leong Tang Chong menasihatkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu bulan ini supaya tidak mempolitikkan isu berkaitan dengan pembelian saham Nanyang.

"Saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak mempolitikkan isu ini untuk mendapat sokongan dalam pemilihan parti kerana ia telah mencemarkan imej parti," kata beliau yang juga Biro Undang-undang MCA.

Dalam satu kenyataan hari ini, Leong menjelaskan bahawa pembelian saham Nanyang pada 2001 adalah satu keputusan yang dipersetujui oleh Majlis Presiden dan jawatankuasa pusat MCA.

Perkara itu, kata beliau, kemudiannya telah dibentangkan di mesyuarat agung tergempar (EGM) di mana 53 peratus perwakilan telah menyokongnya.

Leong yang menganggotai lembaga pengarah Huaren Holdings, turut terbabit dalam proses pembelian saham Nanyang ketika itu.

Menurutnya, pihak parti telah mengundi cadangan tersebut melalui proses yang demokratik, dan tegasnya, tidak ada perancang di sebalik pembelian Nanyang.

'Jangan tuduh sesiapa'

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk menuduh sesiapa pun atau mana-mana pemimpin sekarang di atas apa yang telah berlaku "kerana kepimpinan sekarang terpaksa memikul apa juga tanggungjawab atau beban ekoran keputusan parti ketika itu".

"Malah, apabila Datuk Seri Ong Ka Ting menjadi presiden pada Mei 2003, hutang tertunggak ketika itu ialah RM141 juta.

"Ekoran sikap cermat dan pengurusan kewangan yang baik, pihak parti telah berjaya melangsaikan semua hutangnya pada pertengahan tahun 2008," katanya.

Hari ini, kata Leong, beliau bangga untuk memyatakan MCA tidak menanggung sebarang hutang dan "ini dicapai hasil kebijaksanaan dan panduan kepimpinan sekarang".

"Sebaliknya, sejak itu pihak parti telah menambah asetnya, termasuk membeli baki 20 peratus saham Wisma MCA, dan kini memiliki sepenuhnya bangunan tersebut," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90817

Mahkamah ada kuasa pindah kes Anwar

Oct 7, 08 10:00am

Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim SM Komathy Suppiah berkata Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Bernama.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku peguam negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden "mata lebam" Anwar pada 1998.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, penasihat PKR itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

http://www1.malaysiakini.com/news/90796

Limbo Rock Dalam Pemilihan Umno

Dilulus terbit pada Tuesday, October 07 @ 10:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Oleh A Kadir Jasin

RAMAI pembahas mencadangkan agar saya mengulas mengenai pertandingan Majlis Tertinggi Umno yang ditangguhkan daripada Disember kepada Mac ini.

Memikirkan hal itu, ingatan saya kembali ke zaman muda saya – zaman rock-n-roll, limbo rock dan kungfu fighting.

Dalam pertandingan sukan, palang ada dua kegunaan. Tetapi umum lebih biasa dengan palang sebagai halangan lompat tinggi dan lompat bergalah. Lagi tinggi ahli sukan itu boleh lompat, lagi baguslah dia.


Bagi mereka yang hidup atau menjadi remaja pada era awal rock-n-roll, palang mempunyai makna berlainan kerana dalam lagu (dan tarian) limbo rock oleh Chubby Checker, kita dikehendaki melepasi bawah palang dan bukan atas palang.

Kita terpaksa lentokkan badan kita ke belakang dengan dada kita menghala ke langit dan cuba menari di bawah palang. Siapa yang boleh melepasi palang di paras paling rendah, dia menang.

Dalam politik Umno era Abdullah Ahmad Badawi, palang telah direndahkan. Maka ramailah yang sebelum itu gagal melepasinya, berjaya dengan cemerlang seperti yang dimanifestasikan oleh keputusan pemilihan Majlis Tertinggi 2004.

Tetapi kalau palang yang direndahkan oleh Abdullah itu digunakan untuk pertandingan limbo rock (limbo lower now, limbo lower now, how low can you go?), saya yakin barisan kepemimpinan Umno akan terdiri daripada mereka yang cergas tubuh badan dan cerdas fikiran. Kita sering diingatkan bahawa dalam badan yang cergas itulah terletak otak yang cerdas.

Kemelut pertandingan limbo rock menjadi pertandingan lompat tinggi ini dikhuatiri akan menjadi lebih teruk dan lucu pada pemilihan Umno Mac ini jika ahli Umno tidak diberikan kebebasan atau jika mereka boleh terus digula-gulakan dan disogok dengan wang, kontrak, kain pelekat, sejadah dan lawatan ke Siam.

Namun nampaknya ada sedikit bayangan cahaya di hujung terowong. Kalau pada tahun 2004, Abdullah dan Mohd Najib Abdul Razak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden tanpa bertanding, kali ini nampaknya kedua-dua jawatan itu akan ada pencabar.

Ahli Parlimen Gua Musang, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Tengku Razaleigh Hamzah sudah pun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden manakala Muhyiddin Yassin bersedia dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Tahniah dan terima kasih kepada Ku Li dan Muhyiddin. Nampaknya keberanian mereka telah memberi semangat dan menyembuhkan penyakit “koro” (sindrom di mana kemaluan menyusup masuk ke dalam badan) beberapa pembesar Umno.

Saya sengaja menggunakan istilah “nampaknya” kerana saya tidak mampu memastikan sama ada mereka ini benar-benar telah pulih semangat dan sembuh daripada penyakit koro atau “dipaksa” untuk tunjuk berani.

Zahid Akan Tanding Timbalan?

Dalam rencana bertajuk “Race for Umno deputy president no longer restricted” (The Star, 4 Oktober) penulis politik Joceline Tan berkata, ahli Majlis Tertinggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

(Tan melabelkan Zahid sebagai “likeable” (mudah disukai atau didekati).

Tan berkata, bekas Menteri Besar Selangor yang bersara akibat tangkapan di Australia pada tahun 1996 kerana gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta, Muhammad Muhammad Taib juga sedang berusaha mendapatkan pencalonan.

Soalnya, mengapakah dua orang pengikut setia Abdullah ini tiba-tiba berminat mencabar Muhyiddin?

Kalau tujuan mereka adalah untuk memberi peluang kepada bahagian dan perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan, saya sokong.

Tetapi ada tanda-tanda bahawa cabaran ini besar kemungkinan ada kena mengena dengan kritikan Muhyiddin terhadap Abdullah.

Umum maklum bahawa Zahid dan Muhammad amat berterima kasih kepada Abdullah kerana memberikan tempat yang tinggi kepada mereka dalam kerajaan dan dengan itu membantu meneruskan proses pemulihan mereka.

Kerjaya politik Muhammad terbantut akibat kes wang tunai di Australia serta perkahwinan dan perceraian sensasi dengan puteri Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah pada tahun 1990an.

(Dia bebas daripada tuduhan di Australia atas alasan tidak faham notis dalam bahasa Inggeris yang mewajibkan wang sebanyak itu diisytiharkan).

Dalam era global ini, sewajarnyalah seorang yang ingin memimpin Malaysia menguasai bahasa Inggeris secukupnya selain pakar dalam bahasa Melayu dan kata Ibnu Khaldun, seseorang pemimpin hendaklah tidak terlalu kaya kerana kekayaannya itu boleh menjadi beban.

Begitu juga Zahid. Dia adalah antara watak utama yang terpaksa memilih antara kekal dalam Umno atau menyertai Anwar pada tahun 1998 kerana dia adalah antara penyokong tegar Anwar.

Zahid memilih untuk kekal dalam Umno dan dengan itu mengekalkan kepentingan (kekayaan) korporatnya yang bernilai ratusan juta ringgit.

Cerita soal-jawab belakang tabir antara Zahid dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Perdana Menteri) mengenai “kekayaan” beliau bukanlah rahsia lagi.

Zahid Cabar Najib?

Soalnya, Zahid juga rapat dengan Mohd Najib. Jadi apakah dia bersedia mencabar Mohd Najib kerana buat masa ini, Mohd Najib kekal Timbalan Presiden?

Mohd Najib belum menyatakan sebarang pendirian mengenai jawatan Presiden melainkan dalam masa beberapa hari ini Abdullah mengumumkan yang dia tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Sekalipun Abdullah mengundurkan diri, belum tentu Mohd Najib akan mendapat jawatan Presiden tanpa bertanding melainkan Tengku Razaleigh menarik diri atau dia gagal mendapat pencalonan minimum 58 daripada bahagian.

Andaiannya ialah harapan Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden lebih cerah kalau Abdullah masih mempertahankannya.

Tetapi kalau Abdullah mengundurkan diri dan Mohd Najib mengambil alih, harapan beliau memperoleh pencalonan yang mencukupi menjadi lebih tipis.

Exco Yang Tewas

Sabtu lalu saya berpeluang berbincang dengan seorang bekas Exco Selangor yang tewas pada pilihan raya 8 Mac lalu. Dia masih ketua bahagian dan akan merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagiannya.

Saya katakan kepada beliau begini: Kalau Umno masih relevan dan hendak dipulihkan, para pembesar yang ingin memimpinnya dan orang Melayu yang masih mahu menjadi ahli atau menyokongnya perlu memikirkan hal-hal berikut:-

1. Kembali kepada sejarah dan perjuangan serta hormati veteran parti dan gunakan pengalaman dan pengaruh mereka; dan

2. Kepemimpinan di semua peringkat wajib menggabungkan orang lama yang berpengalaman dengan generasi muda yang berdedikasi dan ikhlas; dan

3. Kembali kepada akar umbi untuk mendapatkan maklum balas dan dampingi generasi muda dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun.

Bagi ahli pula, mereka tidak boleh terus pasif dan hanya bersungut di kedai kopi. Mereka wajib merangka “manifesto” mereka sendiri dan sampaikan kepada kepemimpinan melalui dialog, surat, e-mel, SMS, surat kepada pengarang, blog dan apa jua jalan yang ada.

Buat permulaan, mereka perlu mengingatkan para pembesar Umno iaitu kepemimpinan (leadership) adalah untuk semua dan bukan sekali-kali untuk isteri, anak, menantu dan konco-konco. Kita pilih pemimpin. Kita tidak pernah pilih isteri, anak, menantu dan konco-konco mereka.

Dalam konteks ini, keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri sama pentingnya dalam menentukan kelangsungan (survival) Umno.


--------------------------------------------------------------------
http://kadirjasin.blogspot.com/

http://www.tranungkite.net/

Abdullah Badawi Hidupkan Api Permusuhan Kaum

Dilulus terbit pada Tuesday, October 07 @ 11:35:18 MYT oleh TokPenghulu

Oleh setisab

"Masa berkempen pilihanraya mereka sanggup ke denai dan lembah bersama rakyat. Masa mereka menjamu selera (muntah kedarah) di jamuan Hari Raya, mereka asingkan diri daripada rakyat yang pernah mereka taburkan janji untuk membela nasib. Hendak namakan apa mereka ini? Pemimpin atau apa ………?



Keceluparan mulut presiden dan kepimpinan UMNO menjelang perhimpunan agong parti tersebut semakin menjadi-jadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap tindakan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis rumah terbuka Hari Raya di PWTC di sini pada hari raya pertama 1 Okt lepas.

Perdana Menteri berkata mereka dibenarkan masuk ke majlis anjuran beliau bersama anggota kabinet beragama Islam itu atas semangat Hari Raya.

Hanya seorang yang ucapkan selamat Hari Raya kepada saya. Yang lain sebut hapuskan ISA dan bebaskan pemimpin Hindraf,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata ini menunjukkan penyokong Hindraf tidak mempunyai semangat Hari Raya yang sudah dianggap sebagai satu perayaan nasional.

Hello Abdullah Badawi dan mereka yang senada dengannya. Hendak berhari raya apa kalau ayah, suami, datok atau anak terpenjara? Mereka terpenjara tanpa diberi hak untuk dibicarakan. Mereka terpenjara tanpa diberi hak untuk berhujah dan membela diri.

Samada Melayu, Cina, India, Singh atau apa bangsa sekalipun, sekiranya berada dalam keadaan seperti keluarga tahanan ISA pasti akan bertindak sama seperti apa yang telah dilakukan oleh penyokong Hindraf.

Apakah jika keluarga kita dipenjarakan tanpa bicara, kita tidak berusaha untuk mendapatkan keadilan sewajarnya?. Cuba renung dan fikirkan dengan penuh keinsafan, apakah kita layak, lalu dan tergamak untuk bersuka-ria sedangkan ahli keluarga kita yang tersayang terpenjara di hari raya? Hanya manusia yang tidak berhati perut sahaja yang masih sanggup bersuka-ria dalam keadaan anak, ayah, suami atau datok mereka merengkok terpenjara tanpa bicara.

Keluarga mangsa ISA tidak punya kemudahan seperti Saiful Bukhari yang bolih duduk berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri untuk merangka strategi penipuan. Keluarga mangsa ISA tidak seperti penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang belot tapi mendapat habuan RM5 juta daripada Rosmah Mansor.

Penyokong Hindraf dan keluarga mangsa ISA pernah berusaha untuk menyampaikan bunga kepada Abdullah tetapi niat mereka diperlekehkan.

Salahkah mereka menggunakan kesempatan berjumpa Perdana Menteri dalam majlis jamuan Hari Raya untuk menyampaikan permasaalah mereka?.

Kesempatan apa lagi yang mereka ada untuk menyampaikan secara peribadi tentang tuntutan dan perasaan sedih bercampur benci mereka terhadap tindakan tidak bertamadun Akta ISA yang dikenakan terhadap keluarga mereka.

Hindraf dan keluarga mangsa ISA tidak datang ke jamuan tersebut dengan parang. Mereka tidak datang dengan senapang. Mereka tidak datang dengan cota. Mereka tidak datang dengan gas pemedih mata.


Sebaliknya mereka datang dengan jambangan bunga. Mereka datang dengan kad Hari Raya. Mereka datang dengan cenderahati. Mereka datang untuk meluahkan rasa hati. Mereka datang untuk mengadu hal. Mereka datang untuk mohon pertimbangan. Mereka datang untuk mendapatkan simpati.

Kepada rakyat yang bebas, ceria dan gembira menyambut Hari Raya, janganlah mudah sangat terpengaruh dengan laporan akhbar Utusan Meroyan, Berita Hariantu, TB3, NST yang dengan sengaja mempropagandakan mempropagandakan agenda Abdullah Badawi dan UMNO untuk menyemarakkan api perkauman. Telah menjadi resam UMNO akan membangkitkan api permusuhan kaum setiap kali kali menjelang perhimpunan agungnya.

Pemimpin UMNO akan mengenepikan semangat perpaduan kaum dan keharmonian rakyat berbilang bangsa semata-mata untuk meraih simpati bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Mereka meniupkan semangat perkauman Melayu hanya untuk mendapatkan popularity menjelang perhimpunan agong UMNO.



MARI BUAT PERBANDINGAN


Sunday, October 5, 2008

Mari kita bandingkan ISA dengan Military Order 378 Zionis Israel.

Perbandingan 1

Military Order 378
: memperuntukkan 8 hari untuk seseorang yang tertuduh ditahan tanpa perintah mahkamah. Tempoh asal 18 hari, tetapi dipinda pendekkan kepada 8 hari
ISA: tempoh tahanan seseorang itu mencecah sehingga 60 hari

Perbandingan 2

Military Order 378: Dalam tempoh tahanan, seseorang itu dapat bertemu dengan peguamnya.
ISA: Dalam tempoh 60 hari, ISA menghalang sepenuhnya tahanan menemui peguam.

Perbandingan 3

Militari Order 378: Selepas tahanan melalui tempoh yang ditetapkan (8 hari) melalui peruntukan 1500, 1501, 1502 dan 1503, tempoh lanjutan adalah 6 bulan
ISA: Tempoh lanjutan tahanan 2 tahun hanya dengan satu tandatangan Menteri Dalam Negeri. Ianya boleh diperbarui 2 tahun dan tiada had. Tahanan JI yang masih di KEMTA hari ini mencecah 8 tahun selepas 3 kali sambung.

Ulasan : Dari segi tempoh penahanan tanpa bicara di bawah kuasa pihak atasan, bandingkan 6 bulan di negara Zionis Israel dan 2 tahun (24 Bulan) di Malaysia. Penahanan di Malaysia 4 kali lebih panjang dari negara Zionis Israel.

Dalam bahasa sopan, dalam kontek penahanan tanpa bicara, ISA Malaysia 4 kali lebih zalim dari Military Order Zionis Israel

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2008/

Penetapan kuota kepada 50% untuk Bumiputera bukti Kedah jaga hak Melayu: PERSADA

06 October 2008

Oleh PERSADA


Keputusan kerajaan Negeri Kedah menaikkan kouta belian semua jenis rumah daripada 30% kepada 50% dilihat sebagai suatu langkah yang wajar.

Hal demikian kerana, lebih daripada 1.5 rakyat negeri Kedah merupakan Bumiputera Melayu berbanding sekitar 0.5 juta berbangsa Cina, India dan Lain-lain

Penetapan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah menitik beratkan permasalahan memiliki tempat tinggal yang di alami oleh kaum melayu bumiputera dinegeri ini.

Secara tidak langsung ianya menepis tohmahan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat dinegeri ini yang menafikan hak melayu semata-mata mahu mengambil hati kaum bukan bumiputera.

Selain itu, tindakan memperbanyakkan rumah kos rendah juga dilihat memberikan kesan positif kepada rakyat Negeri Kedah yang rata-ratanya mempunyai pendapatan yang sederhana.

Menurut Presiden Penaja PERSADA, Mohd Faisal Bin Mustaffa ketika dihubungi berkata, tindakan kerajaan Negeri Kedah yang mengutamakan unsur-unsur kebajikan kepada rakyat berbanding mengutamakan unsur-unsur komersial disokong penuh oleh mahasiswa.

Rakyat yang sebelum ini mahu melihat perubahan yang mendadak harus sabar dan meneliti polisi 100 hari pemerintahan kerajaan dimana salah satunya adalah tiada perubahan drastik yang akan dilakukan dinegeri ini.

http://kedahlanie.blogspot.com/2008/

ANTARA DEB, KEMISKINAN MELAYU DAN PAKATAN RAKYAT


Dasar Ekonomi Baru atau DEB adalah satu isu yang sudah lapuk,demikian kata calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat bila isu itu dimainkan oleh lawannya Datuk Chua Jui Meng dalam perebutan jawatan tertinggi MCA itu.

Sebelum ini bila Ketua Umum Keadilan merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, menyatakan isu DEB sudah ketinggalan zaman, ramailah para pemimpin UMNO menyatakan DS Anwar dan Parti Keadilan tidak mengambil kira orang Melayu dalam dasar ekonominya.

Namun nampaknya Ketua Pembangkang tetap dengan pendiriannya bahawa DEBlah sebenarnya yang memundurkan orang Melayu itu sendiri.

Tidak ada siapa pun orang UMNO yang melenting bila Datuk Ong Tee Keat berkata demikian.

Semuanya sunyi sepi. Hal ini mudak difahami kerana Ong Tee Keat sendiri adalah sebahagian dari BN itu sendiri yang diterajui UMNO.

DEB sebenarnya adalah satu dasar yang dicipta di zaman Tun Abdul Razak lagi, PM kedua Malaysia dan bapa TPM sekarang.

Ia adalah satu program yang mengambil masa untuk tempuh dua dekad hasil dari tercetusnya peristiwa 13 Mei,.1969.

Sejak itu kerajaan melihat adanya ketidakseimbangan dalam susun atur masyarakat Malaysia yang sedang membangun itu.

Untuk menyelesaikan masalah itu pada awal tahun 1970 DEB dihasilkan sebagai satu program jangka panjang untuk:

a- Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan
b- Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi (Negara Kita,1988, terbitan INTAN).


Soalnya benarkah serampang dua mata yang dilaungkan kerajaan UMNO/BN itu telah mencapai matlamatnya, walaupun kini DEB sudah melepasi tempuh matangnya, telah lebih 30 tahun.

DEB sebenarnya sudah pun diganti dengan satu dasar baru pada 1990an dengan di kenali sebagi Majlis Perundingan Ekonomi Negara di mana ahli-ahlinya dilantik oleh kerajaan UMNO/BN berdasarkan keredibiliti seseorang itu dan sumbangannya terhadap masyarakat negara ini.

Semangat DEB tetap diteruskan dalam Majlis ini, sekalipun namanya dan programnya sudah bertukar rentak.

Sepanjang perlaksanannya, kita sebenarnya tidak dapat melihat kejayaan yang ketara dari segi ekonomi terhadap pencapaian orang Melayu yang disasarkan oleh kerajaan UMNO/BN itu sebanyak 30% dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Memang ada pertambahan bilangan orang Melayu yang menjadi kaya hasil dari program ini, tetapi mereka yang terlibat adalah terdiri dari para kroni dan suku-sakat pihak berkuasa.

Sedangkan rakyat Melayu terbanyak masih terkial-kial untuk mencari rentak hidup sendiri, dan sebahagiannya terlibat dalam masalah dadah dan gejala sosial lainnya akibat gagal dalam hidup atau terbiar tanpa mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa.

Kata DS Anwar, orang Melayu menjadi merempat dan miskin kerana dipimpin oleh pemimpin Melayu yang rakus,tidak amanah, rasuah, zalim, tidak menghormati hak orang lain sehingga orang lain tidak menghormati orang Melayu lagi (Suara Keadilan, 26 Sept – 8 Oktober,2008,hlm.11).

Tanah Simpanan Melayu umpamanya, tergadai kepada orang lain atas nama pembangunan.

Akhirnya hilanglah hak Melayu di kawasan bandar.

Ini terjadi di Kampung Baru dan Bukit Bintang.

Senario yang sama berlaku di Ipoh, Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Pada akhir tahun 70an pendapatan rakyat Korea Selatan dan Taiwan jauh lebih miskin dari rakyat Malaysia.

Tetapi hari ini pendapatan tahunan rakyat Korea puratanya adalah RM 66,000 setahun manakala rakyat Taiwan pula RM 52,700 .

Ia adalah merupakan angka duakali ganda berbanding dengan pendapatan rakyat Malaysia kini (Rahmat Haron,Suara Keadilan, Ibid,hlm.13).

Kedua-dua negara berkenaan ketandusan hasil minyak dan gas.

Manakala Malaysia pula mencatat keuntungan hasil sumber berkenaan sebanyak RM 70 billion setahun, tetapi tidak mampu bersaing dengan kedua-dua negara berkenaan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh salah guna kuasa dan penyelewengan serta rasuah yang membarah di negara ini.

Di zaman Mahathir umpamanya entah berapa kali wang petronas digunakan bagi membail-out syarikat-syarikat kerajaan yang hampir bangkrap termasuk syarikat anaknya sendiri.

Inilah sebenarnya keadaan yang berlaku di bawah dasar DEB tersebut.

Kita juga pernah mendengar anak bekas Menteri Pengangkutan menjadi jutawan pada usia tiga puluhan, walaupun ia bukan seorang Melayu, tetapi begitulah mudahnya para kroni dan anak beranak dalam keluarga UMNO/BN.

Di zaman Paklah pula anaknya Kamaluddin tersenarai sebagai jutawan termuda negara dan kini menerajui syarikat Scomi yang mempunyai empayar yang cukup luas.

Bank Dunia pula mentakrifkan kemiskinan sebagai peminggiran dari kesempurnaan hidup.

Apa yang kita lihat hari ini, hidup rakyat marhaen Melayu tidak sesepmurna kaum lain meskipun lebih 30 tahun DEB dilaksanakan.

Kalau kita menonton rancangan Bersamamu TV3, yang ramai adalah orang Melayu.

Dan kalau kita meneliti ucapan MB Selangor pula, pendapatan di bawah RM 1,500 adalah tergolong sebagai miskin.

Usaha Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menuntut gaji minima sebanyak RM900 masih belum tercapai, dan kalau ianya tercapai sekalipun, gaji minima itu masih di bawah paras kemiskinan jika mengikut kriteria MB selangor itu.

Harga minyak yang meningkat baru-baru ini telah menaikan harga barang yang mengurangkan kuasa beli rakyat,khasnya yang berpendapatan rendah.

Ini menambahkan lagi kadar kemiskinan yang ada, khasnya di kalangan orang Melayu yang menjadi bumiputra negara ini.

Memang kita tidak menggalakan mentaliti subsidi di kalangan orang Melayu, tetapi sekurang-kurang mereka terbela di negara sendiri dan tidak merempat di tengah-tengah kemelesetan ekonomi dunia sekarang ini.

Islam pula memberikan takrif yang tersendiri terhadap kemiskinan, di mana takrif atau definasi yang diberikan sesuai digunakan untuk sepanjang zaman.

Menurut Islam, rakyat yang berpendapatan melebihi dari separuh dari keperluannya dalam satu-satu hari tetapi tidak dapat mencapai atau memenuhi seluruh keperluannya pada hari itu, beliau di kira miskin.

Ini bermakna jika sekiranya beliau dan tanggungannya memerlukan RM30 sehari, tetapi ia hanya berpendapatan RM 20 sehari, maka itu dikategorikan dalam kelompok miskin.

Jika pendapatannya kurang separuh dari keperluannya dalam satu-satu hari, iaitu kurang dari RM15 jika mengambil contoh di atas, maka seseorang itu dikategorikan sebagai golongan fakir.

Pentafsiran Islam ini dapat dilihat dalam kitab-kitab tafsir atau kitab-kitab fiqh Islam yang menyentuh bab ini.

Pentafsiran Islam ini lebih sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa pun, kerana ia tidak menetapkan jumlah pendapatan yang dikira sebagai miskin, tetapi berdasarkan keperluan pada sesuatu zaman itu.

Ini juga membuktikan Islam adalah satu agama yang sesuai dipraktikkan sepanjang zaman.

Ia bukan agama lapuk seperti tuduhan sesetangah orang UMNO/BN atau kuncu-kuncunya yang datang dari Timur atau Barat.

Namun bila Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang berhasrat untuk menghapuskan DEB dalam Agenda Malaysia Barunya, maka UMNO/BN pula melemparkan tuduhan sekiranya Kerajaan Pakatan terbentuk, orang Melayu akan hilang keistimewaannya dan juga ketuanannya.

Inilah tuduhan yang tidak berasas yang dilemparkan oleh UMNO/BN.

DS Anwar pula berkali-kali menekankan bahawa hak istimewa orang Melayu dan Ketuanan Melayu tetap tidak akan terjejas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Menurut DS Anwar,”Agenda Malaysia Baru Pakatan Rakyat akan menjadikan usaha membasmi kemiskinan sebagai agenda yang diberi keutamaan penting apabila berpeluang menerajui negara.

Ini sekaligus meletakkan hak keutamaan dan ketuanan Melayu sebagai usaha memartabatkan orang Melayu yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin (Suara Keadilan,Ibid,ms 11).

Jika orang-orang Melayu masih ragu-ragu lagi dengan janji-janji Kerajaan Pakatan, rasanya ada baiknya mereka memberikan peluang kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal, dan kita lihatlah apa yang kerajaan pakatan akan lakukan untuk membantu orang Melayu khasnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Jika sekiranya mereka gagal, kita tidak harus memberi peluang untuk mereka lagi.

Namun di sini, orang Melayu dan orang Malaysia seluruhnya mesti berani berubah barulah percubaan itu dapat dilakukan.

Jika kita tidak berani, kita tetap akan menjadi seperti sekarang untuk selama-lamanya.

Terpulanglah kepada rakyat Malaysia menentukannya.

Dan bagi orang Melayu, jaminan dari perlembagaan tetap ada, dan institusi kesultanan tetap akan menjadi benteng orang Melayu jika terjadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.


AlKundangi,
06.10.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_alkundangi03.html

What is Melamine?

Dilulus terbit pada Tuesday, October 07 @ 12:20:16 MYT oleh TokPenghulu

Oleh chekamala

"Given below are some clarification on the recent milk adulteration in China and how you can detect China made products.

Questions and Answers on melamine

Melamine is an organic base chemical most commonly found in the form of white crystals rich in nitrogen.

What is melamine generally used for?

Melamine is widely used in plastics, adhesives, counter-tops, dishware, whiteboards and fertilizers.

Why was melamine added into milk and powdered infant formula?

In China , where adulteration has occurred, water has been added to raw milk to add to its volume. As a result of this dilution the milk will have a lower protein concentration. Companies using the milk for further production (e.g. of powdered infant formula) would normally check the protein level through a test measuring nitrogen content. Therefore the addition of melamine - because of its rich nitrogen content - could increase the level of nitrogen, which again masquerade as falsely high protein levels as the standard protein test only measures nitrogen content. This means that the adulterated milk would have an artificially high nitrogen level, which would be interpreted erroneously as a 'normal' or 'high' protein level.
Addition of melamine into food is not approved by the FAO/WHO Codex Alimentarius (food standard commission), or by any national authorities.

Has melamine been found in other food products?

In 2007, melamine was found in pet feed manufactured in China and exported to the United States which caused the death of a large number of dogs and cats due to kidney failure.

In the present event, melamine contamination has been found in a number of different brands of powdered infant formula, in one brand of a frozen yogurt dessert and in one brand of canned coffee drink. All these products were most probably manufactured using ingredients made from melamine contaminated milk.

What are the health effects of melamine consumptions in humans?

While there are no direct human studies on the effect of melamine on humans, extrapolation from animal studies can be used to estimate adverse health effects. When combined with another chemical (e.g. cyanuric acid which is also present in melamine powder) melamine can form crystals which can give rise to kidney stones.

These small crystals can also block the small tubes in the kidney potentially stopping the production of urine, kidney failure and in some cases death. Melamine has also been shown to have carcinogenic effects in animals.

What are the symptoms and signs of melamine poisoning?

Irritability, blood in urine, little or no urine, signs of kidney infection, high blood pressure

What is the cure for kidney failure?

Patients may receive various types of treatment, depending on the severity of kidney failure. Treatment may include infusion of fluids and urine alkalinisation, administration of sodium bicarbonate and insulin, blood and peritoneal dialysis, or surgical removal of kidney stones.

With more and more milk products from China and Taiwan having problem. We really got to check where the things are produced. Here is a way to differentiate Taiwan made products and China made products : by looking at first three digits of its Bar Code.


If the 1st 3 digits are 690, 691 or 692 - China made
If the 1st 3 digits are 471 – Taiwan made


http://chekamala.blogspot.com

http://www.tranungkite.net/

Hindraf tidak biadab - Presiden PAS

Posted by: pinkturtle2 October 5, 2008


Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah- Hj Hadi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) tidak biadab apabila bertemu Perdana Menteri pada rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet beragama Islam Rabu lalu.

Beliau berkata, tindakan penyokong Hindraf bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukan sesuatu yang biadab dan perlu dipandang dari sudut positif.

“Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah… kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi… biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih… itu biasa… Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah.

“Kalau betul mereka tak mahu bagi Hindraf masuk, mereka boleh halang. Tetapi apa yang berlaku tidak ada polis yang halang. Tak ada masalah mereka jumpa Perdana Menteri macam tu… saya pun ada orang datang ke rumah. Kita kena lihat ia sebagai perubahan demokrasi di Malaysia, lagipun mereka tidak buat kecoh atau bertumbuk,” katanya selepas berucap pada majlis perasmian Ijtima’ Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu semalam.

Beliau meminta semua pihak melihat tindakan penyokong Hindraf bertemu Perdana Menteri pada majlis rumah terbuka itu sebagai demokrasi era baru.

Dalam kejadian itu, kira-kira 800 penyokong Hindraf berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri yang turut diselitkan dengan mesej supaya Perdana Menteri membebaskan pemimpin Hindraf yang dikenakan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keadaan dilaporkan “menjadi kecoh seketika” oleh akhbar-akhbar pro-Barisan Nasional (BN) apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan “melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri”.

Polis pula dilaporkan terpaksa campur tangan polis untuk mengawal keadaan.

Hindraf, yang begitu sukar dan tidak pernah berpeluang berjumpa Perdana Menteri dikutuk oleh para pemimpin Umno khususnya kerana menyampaikan bantahan mereka ke atas penahanan tanpa bicara rakan-rakan mereka di bawah ISA di rumah terbuka itu.

“Kami telah berusaha untuk berjumpa dengannya (Perdana Menteri) selama ini, jadi kami mengambil peluang hari ini. Kami datang dengan hati yang terbuka,” kata Koordinator Kebangsaan Ideologi Hindraf, W. Sambulingam.

K Shanti, isteri pemimpin Hindraf dalam pelarian P Waythamoorthy berkata, mereka hanya menyerahkan patung beruang dan kad tersebut sahaja.

“Dalam semangat saling bermaafan sempena Hari Raya Aidilfitri, kami mahu menyatakan bahawa orang-orang India di Malaysia memaafkannya (Perdana Menteri) kerana menghantar para pemimpin Hindraf ke (Kem Tahanan Perlindungan) Kamunting,” Malaysiakini memetik Shanti sebagai berkata apabila ditanya mengenai kad itu.

Selain 200 penyokong Hindraf itu, kira-kira 40 aktivis anti-ISA juga hadir ke rumah terbuka itu.

http://www.harakahdaily.net

http://pinkturtle2.wordpress.com/

Siapa suruh Zahid bertanding?


Apakah tahun depan nombor dua membawa tuah kepada anak Jawa Bagan Datoh itu

06 Oct 2008 9:06AM
Oleh Mohd Sayuti Omar


PENGUMUMAN yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding Timbalan Presiden Umno mengejutkan banyak pihak. Pengumuman itu tak ubah seperti pokok yang bergoyang kuat tanpa ada angin meniupnya. Merujakan permerhatian umum!

Tidak kedengaran sebelum ini yang ahli Parlimen Bagan Datoh itu bercadang untuk menandingi jawatan itu. Jadi apabila beliau tiba-tiba mengumumkannya ia menyebabkan timbul sedikit tanda tanya.

Sebelum ini apa yang kendengaran ialah Zahid akan mencuba untuk kerusi Naib Presiden Umno. Desas desus itu tidak pelik kerana jawatan itu sangat sesuai dengan beliau dan beliau juga paling layak mengisikannya. Usia dan kematangannya dalam politik menjadikan jawatan itu amat padan dengannya.

Dengan kedudukannya selaku menteri dan pengalaman luasnya dalam politik yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan menduduki MT diherarki top ten wajar kalau beliau menajak ke atas. Masanya sudah tepat sekali.

Naib Presiden jawatan yang dikira mudah untuk digapai oleh Zahid. Jika dibandingkan nama-nama yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu jelas kedudukan Zahid mengatasi mereka. Hishamuddin Hussein, Khalid Nordin, Shafei Afdal dan lain-lain tidak mampu mengatasi populariti Zahid.

Kemesaraan dan stail politik Zahid yang baik dengan semua orang dan boleh pejam mata dengan seteru politiknya bila berjumpa, adalah aset dan modal peribadi Zahid yang jarang dimiliki oleh orang politik.

Zahid juga seorang yang mesra dengan sesiapa saja. Kelebihan ini adalah sebahagian kehebatan Zahid.

Perwatakan, ketokohan dan idealiisme Islamnya juga menyebabkan beliau mulai dilihat sebagai tokoh agama dan Islam terulung dalam Umno.

Kehadiranya boleh mengganti tempat tokoh-tokoh agam dalam parti berkenaan seperti Wan Mokhtar Ahmad, Yusuf Noor atau Abdul Hamid Othman.

Malahan pembawaan Islam Zahid lebih dinamik dan progresif daripada tokoh-tokoh itu ini menyebabkan Islam seperti terjamin ditangan Zahid berbanding dengan mereka yang bergelar ustaz atau kiyai Umno.

Potensi ini jelas bila mana Zahid memberi reaksi yang diharapkan apabila setiap kali timbul isu mengenai agama Islam dan juga isu ketuanan Melayu.

Beliau sangat vokal dalam menangnai isu-isu ini. Semangat Islam dan Melayu yang tumbuh menyubur dalam jiwa Zahid menyempurnakan beliau sebagai seorang pemimpin parti Melayu seperti Umno.

Kekayaan dan kemewahan hidupnya juga memungkinkan untuk beliau melakukan persiapan bertarung merebut jawatan itu seadanya.

Zahid sudah ada pengalaman bagaimana hendak memikat hati perwakilan Umno semasa bertanding merebut jawatan ketua Pemuda tahun 1996. Justeru itu beliau dilihat mudah akan menduduki salah satu daripada kerusi berkenaan.

Sewaktu terserempak di Makkah dua minggu lalu saya ada mengatakan kepadanya, yang beliau akan (InsyaAllah) menang untuk kerusi Naib Presiden.

Apa yang beliau perlu kejar ialah mendapat tempat undi tertinggi kerana kemenangan seperti sadah di tangan. Zahid hanya ketawa mersa dan meminta saya berdoa. “Berkat doa ustaz,”katanya kepada saya seperti selalu yang dipamerkan.

Bila balik dari menunaikan umrah alih-alih beliau mengumumkan untuk bertanding kerusi timbalan presiden. Ini mengejutkan sedikit. Apakah gerangan maka beliau berminat kerusi berkenaan.

Apakah doa atau istiqarahnya di Makkah memberikan ilham kepadanya untuk bertanding kerusi nombor dua itu dan bukan kerusi nombor tiga! Apakah tahun depan nombor dua membawa tuah kepada anak Jawa Bagan Datoh itu.

Kalau ilham itu diperolehi menerusi istiqarakah apa boleh buat lagi, Zahid kena akur saja kalau tidak beliau akan ketulahan. Peluang dalam politik jarang menjelma dua kali biasanya sekali saja untuk seorang individu.

Pertunjuk di Makkah biasanya baik dan benar seperti mana yang beliau lakukan semasa hendak tanding Ketua Pemuda Umno tahun 1996 dulu. Di Makkahlah beliau buat keputusan itu dan kebetulan saya ada sama ketika itu.

Menurut Zahid ketetapan itu kerana berlaku kekosongan pada jawatan itu apabila ianya bakal ditinggalkan oleh Mohd Najib Razak.

Katanya lagi keputusan beliau itu juga kerana ada tanda-tanda akar umbi mendesak beliau berbuat begitu. Bagaimana pun keputusan itu juga tidak bermakna beliau ingin mendahului mana-mana pemimpin dan ianya dibuat berdasarkan telahan (firasat) beliau Najib akan meninggalkan kerusi berkenaan.

Memahami kata-kata Zahid itu ia memberi berbagai pengertian. Dan keputusan itu juga mempunyai strategi dan politik tersendiri.

Yang jelasnya, maksud Zahid itu seakan ingin menghalang hajat penyandang jawatan Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang awal-awal lagi kemaruk untuk menduduki jawatan nombor dua itu.

Muhyiddinlah yang melakukan kerja untuk menolak Najib ke atas bagi membolehkan beliau mengisi tempat Najib itu. Seperti mana dugaan awal saya pelan peralihan kuasa dalam Umno adalah idea Muhyiddin yang dibuat kononnya untuk kepentingan parti walhal hakikinya untuk kepentingan dirinya.

Apakah Zahid mempunyai niat sedemikian? Kalaulah benar begitu ia tidak menjadi kesalahan malah cara Zahid itu tepat sekali.

Seharusnya ada yang berani untuk menegur atau pun menghalang menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kerana kelancangannya dalam menegeluarkan kata-kata dan ideanya sehingga menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi tidak senang duduk.

Dalam pada ini tindakan Zahid itu lebih kepada cuba membela Abdullah. Mungkin beliau merasakan tindakan Muhyiddin itu tidak patut.

Dari sudut lain saya merasakan tindakan Zahid itu seperti ada orang yang memberi dorongan kepadanya agar membuat kenyataan itu. Pasti sudah ada green light dari atas kalau tidak Zahid mungkin tidak bersedia untuk membuat kenyataan demikian.

Sebab jawatan yang paling afdal untuk Zahid ialah Naib Presiden Umno. Kalaupun beliau berjaya menduduki salah satu dari tiga kerusi itu ia merupakan kedudukan tertinggi bagi Zahid dan merupakan satu prestasi terbaik dalam kerjaya politiknya.

Apakah dalam soal ini Najib yang mengajar Zahid berbuat demikian? Ada desas desus mengatakan Najib tidak begitu sebulu dengan Muhyiddin. Muhyiddin bukannya regu atau kawan politik Najib.

Namun kalau dilihat kepada kerja Muhyuddin menghambat Abdullah itu menguntungkan Najib, tidak mungkin Najib tidak suka dengan kerja Muhyiddin itu. Bahkan Muhyiddin dikatakan akan bergabung dengan Najib menjatuhkan Abdullah?

Yang pastinya tentu ada orang memberi aspirasi dan sokongan kepada Zahid. Apakah orang itu Abdullah sendiri? Tidak mustahil.

Ada sebab kalau Abdullah memberi ilham kepada Zahid untuk mencuba jawatan itu dan sekaligus menganggu emosi Muhyiddin.

Sudah tidak menjadi rahsia lagi hubungan Abdullah dengan Muhyiddin akhir-akhir ini tidak begitu 'lendik'. Malahan jika dilihat secara zahir mereka berdua seperti ada masalah besar. Kalau tidak masakan Muhyiddin secara terbuka meminta Abdullah berundur! Jadi mungkin Abdullah menghantar Zahid untuk mengekang Muhyiddin.

Bagi Zahid pula tidak ada masalah untuknya berhadapan dengan Muhyiddin. Apa lagi kalau mendapat sokongan daripada presiden sendiri. Tentu Zahid merasakan bahawa beliau dijadikan anak emas oleh Abdullah.

Kalau tertakdir Zahaid berhadapan seorang sama seorang dengan Muhyiddin untuk jawatan itu, kemenangan berpihak kepada Zahid. Pengaruh Zahid juga bukan kecil anak.

Lagipun pengaruh Muhyiddin dalam Umno tidak konsisten. Beliau pernah menang dengan mendapat undi terbanyak untuk jawatan Naib Presiden tetapi undinya merosot kemudian meletakkan beliau sebagai Naib Presiden yang tercorot.

Dengan Muhyiddin bermasalah dengan Abdullah ini memberi kesempatan baik kepada Muhyiddin.

Lagipun sekiranya Najib bertanding kerusi presiden dan menang, Zahid tidak ada masalah untuk berada bersama Najib. Najib adalah bekas bosnya.

Zahid penah menjadi Setiausaha Politik, Timbalan Perdana Menteri itu dan beliaulah yang mengajarkan Najib dengan istilah Islam dan juga mengajar menyebut al Fatihah secara betul.

Untuk memantap ilmu agamanya dan memastikan Islam terus bersinar dalam Umno, Najib memerlukan orang seperti Zahidi sekiranya beliau menjadi PM kelak. Dengan latar belakang dan ilmu serta akhlak muslim yang baik Zahid boleh membantu dan membimbing Najib sekaligus.

Berdasarkan senario itu Zahid berada dalam keadaan di kiri untung di kanan laba kalau beliau mencuba nasib di kerusi nombor dua. Beliau boleh berkerja dengan sesiapa saja.

Dengan Abdullah samatelahlah. Abdullah yang memberi kepercayaan kepada Zahid untuk menjadi menteri setelah bekas ketua pemuda itu dinafikan haknya bertahun-tahun oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Begitu juga sekiranya Zahid sedia berdepan dengan Muhyuddin untuk kerusi nombor dua itu atas hajat untuk membela Abdullah ia dikira kena dan tepat sekali.

Tidak salah bagi Zahid sambil untuk memperbaiki kedudukan dirinya dalam hirerki politik Umno ianya juga untuk membela orang yang berbudi kepadanya.

Sebagai orang berlatar belakang Islam yang tahu mana halal dan haram, Zahid tentu pandai menghormati mana orang yang baik dan berjasa kepadanya.

Kita berharap Zahid istiqamah dengan keputusannya itu. Kemenangan Zahid kelak juga boleh menebus segala malu dan aibnya kepada Hishamuddin Hussein selama ini.

Hishamuddin yang menjadi pembantunya diberikan keistimewaan melampau di zaman Mahathir dimana ia dirasakan satu kezaliman kepada Zahid.

Mungkin kali ini giliran Zahid pula mengatasi atau mendapat kedudukan lebih tinggi dan lebih baik dari Hishamuddin. Kepada Zahid selamat mencuba namun harus juga waspada!

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/10/06/4.html

"Memang saya ada temui pemimpin PKR, PAS dan DAP" Ku Li

06 Oct 2008 10:42AM

BEKAS Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden parti, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."

Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, beliau menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," kata beliau kepada wartawan The Star, Ian Mcintyre.

Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Laporan terbaru ini tidak menyebut bila beliau menemui pemimpin-pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

"Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi," katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.

"Saya tidak inginkan jawatan ataupun kuasa. Saya menawarkan kepimpinan bagi negara menghadapi cabaran ekonomi global semasa," kata Tengku Razaleigh yang turut mengecam pelan peralihan kuasa dalam Umno sekarang sebagai tidak demokratik. / The Star, Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/10/06/6.html

Mahathir tak yakin Abdullah akan berundur

06 Oct 2008 10:40AM

KL: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.

Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.

"Baguslah... bertandinglah... kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah.

"Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita.

"Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah," kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam pemilihan akan datang, tidak perlu wujud istilah pasukan kerana jika sesebuah pasukan itu kalah, mereka akan sukar bekerjasama dengan pasukan yang menang.

"Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.

"Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang," katanya.

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

"Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

"Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji," katanya.

Berhubung sama ada Umno memerlukan kesinambungan pemimpin lama dan baru seperti yang berlaku dalam parti MCA dan Gerakan pada masa ini, Dr. Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin perlu mencontohi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mengundurkan dirinya pada pemilihan parti akan datang ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang... tak mahu tarik diri.

"Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain... itu saja, tapi tak mahu tarik diri," katanya.

Berhubung keputusan beliau untuk menyertai semula Umno, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama membuat keputusan itu iaitu sejak beliau keluar daripada Umno lagi tetapi ia bersyarat.

"Saya kata saya akan menyertai semula Umno tapi ada syarat... syarat tu kamu pun tahu.

"Tapi rupa-rupanya ramai yang keluar Umno setelah saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang-orang ini tak dapat masuk, tak adillah. Masa keluar, mereka ikut... saya masuk, mereka tak boleh ikut.

"Kita jangan lupa mereka ini punya kuasa undi. Kalau mereka berada di luar Umno dan mengundi parti lawan, Umno mungkin akan kalah," katanya.

Dr. Mahathir berkata, kehadiran tetamu kira-kira 10,000 orang pada rumah terbukanya tahun ini agak luar biasa dan ia mungkin disebabkan beliau menguar-uarkan tentang hal itu dalam laman blognya. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/10/06/5.html

"Tak perlu ada 'team' dalam Umno" Tun



06 Oct 2008 8:50AM

KL: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam berkata anggota Umno yang ingin bertanding pada pemilihan parti Mac depan tidak perlu mewujudkan sebarang pasukan.
Beliau mengingatkan anggota Umno yang ingin bertanding supaya tidak terikut-ikut dengan cara pemilihan presiden Amerika Syarikat, di mana seseorang calon dikehendaki mempunyai rakan bertanding.

Yang penting, menurut beliau, pemimpin yang baru dipilih mestilah bersedia bekerja dengan sesiapa pun demi kebaikan parti.

'Ini bukan Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang. Nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.

'Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing. Dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang,' kata beliau kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka di kediaman beliau di Seri Kembangan, dekat sini semalam.

Dr Mahathir juga mengalu-ngalukan keputusan beberapa anggota kanan parti yang mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden jika penyandang sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, bertanding jawatan presiden.

'Baguslah. Jangan main kotor sudahlah. Jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah orang akan pilih kita. Tapi kalau guna tekanan, mengikat tangan orang, ini bukan demokrasi,' katanya.

Mengenai rancangan untuk menyertai semula Umno, Dr Mahathir berkata beliau belum memutuskan cawangan mana yang akan disertai.

Tetapi menurutnya, beberapa anggota Umno yang keluar parti mengikut jejak langkahnya pada 1 Mei lalu, hendaklah dibenarkan menyertai semula Umno.

'Sekarang ada lagi satu masalah besar. Rupa-rupanya ramai yang keluar daripada Umno selepas saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang ini tak dapat masuk, tidak adillah. Saya keluar mereka ikut, saya masuk mereka tak boleh ikut,' kata beliau. / Bernama

http://www.klpos.com/news/2008/10/06/3.html

Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?


"Saya habiskan 20 tahun untuk Umno dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya"

06 Oct 2008 8:43AM

KB: Datuk Zaid Ibrahim, yang meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas, mungkin mengubah fikiran berhubung rancangan tidak akan keluar dari Umno.
Alasannya ialah beliau tidak nampak masa depan baginya dalam Umno.

'Saya menghabiskan masa selama 20 tahun dalam politik (untuk Umno) dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya.

'Ini bukan kerana saya tidak setia,' kata beliau seperti yang dipetik oleh akhbar Sunday Star semalam.

'Saya digantung daripada parti tanpa sebab dan sekarang dilarang bertanding bagi pemilihan bahagian (Kota Bharu).

'Jadi, apa yang hendak anda lakukan jika anda berada dalam kedudukan saya?' tanya Datuk Zaid, ketika diwawancara di rumahnya di Pasir Hor kelmarin.

Beliau meletak jawatan pada pertengahan September kerana tidak setuju tindakan kerajaan menahan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi beliau berkata tidak akan keluar dari Umno.

Mengulas laporan bahawa beliau bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar kelmarin dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata ia hanya pertemuan biasa. / NST

http://www.klpos.com/news/2008/10/06/1.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...