Tuesday, September 30, 2008

Fong: Mengapa saya pilih naib presiden


Stanley Koh Sep 30, 08 12:55pm

Pemilihan MCA pada 18 Oktober depan tidak membimbangkan Naib Presiden, Datuk Fong Chan Onn, kerana ini adalah kali kelima beliau bertanding untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Selepas empat penggal menyandang jawatan tersebut, Fong menjelaskan mengapa beliau memilih untuk kekal bertanding jawatan yang sama, walaupun sebelum ini, tersebar spekulasi yang beliau bakal bertanding jawatan yang lebih tinggi.

"MCA kini berada di persimpangan. Dengan pengalaman saya dan latar belakang ekonomi, saya boleh menyumbang kepada parti dalam bidang-bidang yang khusus," tulis Fong dalam blognya selepas mengumumkan untuk mempertahankan jawatan naib presiden.

Dalam wawancara dengannya, beliau menjelaskan: "Kekuatan saya adalah bidang ekonomi. Saya percaya, dengan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang saya miliki, saya boleh membantu pemimpin parti untuk merangka pelan ekonomi yang boleh menyumbang kepada usaha negara dalam menangani cabaran-cabaran ekonomi.

"...dan ini menjelaskan mengapa saya tidak bertanding jawatan No.1 dan No. 2. Saya percaya bahawa saya mampu memainkan peranan (yang lebih baik) sebagai naib presiden, menyumbang kepada pembangunan ekonomi."

Bagaimanapun, beliau kritikal terhadap dasar MCA yang menghadkan tempoh memegang jawatan presiden dan jawatan tinggi yang lain, kepada tiga penggal sahaja, yang menurutnya harus disemak semula.

Fong, 64, berkata dasar tersebut tidak menguntungkan: "Sementara ia mewujudkan lebih banyak peluang (kepada pemimpin muda), ia tidak menguntungkan kerana parti akan kehilangan lebih ramai pemimpin berpengalaman."

Ditanya mengapa beliau menyokong dasar tersebut ketika ia dicadangkan, Fong berkata, ia "kerana ketika itu saya seorang menteri...ada kepentingan".

"Mesti ada fleksibiliti dalam melaksanakannya. Pada masa lalu, terdapat persefahaman tidak bertulis (bahawa seseorang pemimpin tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan untuk tempoh yang lama), tetapi tidak ada garispanduan bertulis (mengenainya).

"Sebagai contoh, secara hipotesisnya, jika Datuk Seri Ong Ka Ting (kanan) berkhidmat untuk penggal ketiga sehingga tahun 2011 atau 2012, maka pertukaran presiden adalah perlu. (Memandang ia kebetulan sama dengan tempoh pilihanraya umum yang akan datang, maka ia boleh) menjejaskan prestasi parti," katanya.

Beliau bersetuju supaya profail pucuk pimpinan mewakili semua kumpulan umur bagi memastikan kesinambungan dan pembaharuan secara beransur-ansur, dan "para perwakilan memilih berdasarkan kebolehan pemimpin dan bukannya atas faktor umur".

Fong juga turut mengulas mengenai hubungan antara MCA - parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) - dengan Umno.

http://www1.malaysiakini.com/news/90598

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...