Tuesday, September 30, 2008

Geng Malaysia ditangkap di Kuwait


KUWAIT - Beberapa pegawai dan anggota Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) Kuwait menangkap sekumpulan geng antarabangsa yang pakar menggunakan kad kredit palsu dan mengeluarkan wang tunai sebanyak KD$12,000 (RM154,953) daripada bank-bank tempatan.

Menurut sebuah akhbar semalam, semua anggota kumpulan kelahiran Malaysia itu didapati mempunyai pasport palsu.

Menurut seorang pegawai CID, Mohammed Al-Awadhi, pihaknya menerima maklumat bahawa beberapa samseng mengeluarkan kad kredit palsu.

Beliau berkata, polis kemudian mengenal pasti identiti ketua kumpulan itu di mana anggota-anggotanya mengendalikan operasi di beberapa buah negara di Eropah selain Kuwait.

Pihak polis menyerbu sebuah hotel dan merampas 120 kad master dan VISA, pasport palsu dan wang tunai KD$12,000.

Para detektif juga mendapati kumpulan itu menyimpan sejumlah kad kredit palsu dan kad kredit dalam sebuah hotel di Bneid Al-Gar. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/30092008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...