Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my
KARIM sibuk membuat persediaan untuk membuat dan menjual lemang sempena Hari Raya di gerainya di Bulatan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
-------------------------------------------------------------------
BUKIT MERTAJAM - Berkat berniaga. Percaya atau tidak, dengan hasil keuntungan menjual lemang hanya dua kali dalam setahun iaitu pada musim perayaan, Karim Sabri, 57, mampu menyara keluarganya selama setahun.
Mungkin sukar dipercayai, namun itulah hakikatnya yang dialami peniaga lemang dari Bandar Perda itu yang mampu memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan lemang pada setiap kali musim perayaan.
Menurutnya, hasil jualan lemangnya yang menjadi antara juadah utama setiap kali perayaan Aidilfitri dan Aidiladha mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda kerana permintaan amat tinggi.
"Dalam setahun, saya hanya buka gerai menjual lemang ini dua kali sahaja iaitu ketika menjelang Aidilfitri dan Aidiladha, manakala pada hari lain saya hanya buat lemang jika ada tempahan.
"Tetapi keuntungannya cukup lumayan sehinggakan saya dapat menyara keluarga selama setahun," katanya ketika ditemui di gerainya di Bulatan Bukit Tengah di sini.
Menurutnya lagi, setiap tahun terutamanya sepanjang sambutan Aidilfitri, dia mampu menjual lebih 7,000 batang lemang sepanjang sebulan sambutan perayaan itu.
Malah katanya, pada malam menjelang Aidilfitri sahaja, 5,000 batang lemang yang dibakar di gerainya masih tidak dapat memenuhi permintaan para pelanggan.
"Sebab itu pada tahun ini, saya cuba untuk membakar 6,000 batang lemang untuk dijual pada malam menjelang Aidilfitri sebagai langkah untuk tidak menghampakan pelanggan.
"Untuk itu, saya sudah menyediakan lebih 6,000 batang buluh yang sudah dipotong kira-kira seminggu lalu dan membina tempat pembakar yang boleh membakar 1,200 batang pada satu-satu masa," katanya yang sudah berpengalaman membuat dan menjual lemang lebih 20 tahun lalu.
Jelasnya lagi, kesemua buluh diperoleh dari kawasan hutan di Gerik, Perak.
Tambahnya, lemang yang dihasilkannya dijual antara RM7 hingga RM9 mengikut saiz dan pelanggan juga boleh memperoleh serunding daging dan ayam yang dibuat khas di Kelantan yang dijual pada harga RM10 sepeket selain pelbagai jenis kuih raya.
http://www.kosmo.com.my/30092008

No comments:
Post a Comment