Friday, September 19, 2008

Sarawak tidak mahu Akta Hubungan Kaum

Sep 19, 08 3:48pm

Akta Hubungan Kaum tidak diperlukan di Sarawak kerana negeri itu tidak menghadapi masalah daripada segi perpaduan, kata Menteri
Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Negeri Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan hari ini.

Beliau berkata tidak wujud masalah perhubungan kaum di negeri itu
memandangkan masyarakat pelbagai kaum dan agama telah bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni melalui proses semula jadi sejak bertahun-tahun lamanya, lapor Bernama.

"Di Sarawak, kalau tak ada akta ini pun tak apa kerana perpaduan dan hubungan baik pelbagai kaum di negeri ini telah wujud secara semula jadi," katanya kepada pemberita di Kuching.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa akta itu sedang dirangka oleh kementeriannya bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk mengekang huru-hara dan ancaman kepada ketenteraman awam.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam Sarawak berkata usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan hubungan antara kaum sepatutnya didasarkan kepada keikhlasan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90048

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...