Friday, September 19, 2008

Tindakan Aneh Dan Penuh Tandatanya

Ditulis oleh Ruhani Ahmad
Friday, 19 September 2008


(Gambar - Aneh.... dua-dua sama-sama memegang hidung serentak ! )

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.


Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:


Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?


Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?


Berasaskan perkembangan di atas rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties.


Oleh itu, salahkah kalau kita tanya, adakah tindakan terbaru Abdullah ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap dirinya? Adakah tindakan ini juga akan menyumbang kepada usaha memantapkan politik Malaysia?


Ruhanie Ahmad


Bukan untuk kepentingan Perdana Menteri - Rais
Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 17 Sept. - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim percaya pengambilalihan portfolio Menteri Pertahanan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bukan bertujuan membolehkan Perdana Menteri menggunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk kepentingan sendiri.

Beliau berkata, ATM merupakan satu entiti yang kukuh tahap profesionalismenya sebagai benteng pertahanan negara yang paling utama.

''Saya berpendapat Abdullah akan mempunyai masa yang lebih luas untuk memikirkan perkara-perkara yang penting khususnya di saat-saat kerajaan dan parti pemerintah diuji pelbagai isu kritikal.

''Lagipun, ATM adalah satu entiti yang sudah kukuh strukturnya berbanding keperluan fiskal dan kewangan negara yang sering berubah-ubah ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani Suratcara Ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Hari ini, Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa serta-merta sebagai sebahagian proses peralihan kuasa yang dipersetujui pada 2010.

Berkuat kuasa serta-merta juga, beliau mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.

Rais menyambut baik keputusan Abdullah menyerahkan portfolio Menteri Kewangan kepada Najib kerana ia kena pada masanya.

''Ia bukan hanya kerana Najib mempunyai latar belakang ekonomi tetapi beliau (Najib) merupakan seorang pembantu yang cekap dalam menjayakan program kewangan dan fiskal negara selama ini.

''Dalam masa yang sama, Najib juga mempengerusikan lebih 12 jawatankuasa kecil yang sebahagian besarnya melibatkan aspek kewangan," katanya.

http://buletinonline.net/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...