TOKYO - Desakan agar Perdana Menteri Jepun, Taro Aso meletak jawatan semakin memuncak berikutan tinjauan pendapat semalam mendapati 70 peratus mahu beliau berundur.
Populariti Aso merudum berikutan krisis ekonomi yang semakin meruncing dan ia ditambah masalah politik serta kualiti kepimpinan yang lemah.
Tinjauan pendapat anjuran akhbar Asahi itu turut mendapati populariti kabinet Aso jatuh 13 peratus.
Sebanyak 65 peratus responden menyatakan mereka mahu pilihan raya awal berbanding jadual asal pada akhir September ini.
Pemimpin terkenal Parti Liberal Demokrat, Hidenao Nakagawa berkata, sokongan dalam parti terhadap Aso juga semakin merosot.
"Semakin sedikit anggota parti yang mahu menempuh pilihan raya di bawah kepimpinan Aso. Namun kami terpaksa menunggu sehingga bajet diluluskan sebelum menentukan keputusan selanjutnya," kata Nakagawa. - AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
No comments:
Post a Comment