Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi berkata pengguna akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka menerima tawaran berkenaan berikutan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik pada masa sekarang.
“Pengguna perlu sedar sekiranya mereka tidak mengalami sebarang masalah kewangan, mereka tidak perlu bersetuju dengan tawaran yang diterima kerana akan menanggung beban hutang yang banyak berikutan membuat pinjaman dengan bank berkenaan.
“Membuat pinjaman bank pada masa ini bukanlah mudah seperti yang disangkakan kerana sekiranya pinjaman yang dibuat tidak dapat dibayar dan tertunggak, nama mereka akan disenaraihitamkan oleh bank dan syarikat kewangan lain dan seterusnya merugikan diri sendiri,” katanya.
Keadaan ekonomi global yang tidak menentu tidak sesuai bagi pengguna membuat pinjaman atau memohon kad kredit sekiranya mereka tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Fomca juga tidak menggalakkan pengguna berbuat demikian pada masa sekarang kerana bimbang mereka tidak mampu membayar balik pinjaman dibuat berikutan terdapat segelintir bank yang mengenakan kadar faedah tinggi.
Menurutnya, tidak wajar bagi pihak bank menawarkan pinjaman sedemikian berikutan kebanyakan pengguna masih lagi mengalami kesukaran untuk berbelanja bagi meneruskan kehidupan seharian.
“Adalah sesuatu tidak baik sekiranya pihak bank menghubungi mana-mana individu menawarkan pinjaman peribadi dan kad kredit walaupun mereka tahu akan keadaan kegawatan ekonomi sekarang,” katanya.
Sehubungan itu, Fomca menasihatkan orang ramai berfikir panjang sebelum menerima tawaran berkenaan dan memikirkan kesan masa depan sekiranya menghadapi masalah kewangan kelak.

No comments:
Post a Comment