Thursday, May 7, 2009

Kaki membesar selepas diserang demam

diperhatikan Mohamad di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam." title="SIMPATI...Shahanim (dua dari kiri) melihat kaki Arzahari sambil
diperhatikan Mohamad di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam." height="181" width="300" border="0">
SIMPATI...Shahanim (dua dari kiri) melihat kaki Arzahari sambil
diperhatikan Mohamad di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: “Saya amat mengharap dan mengalu-alukan jika ada doktor pakar atau pihak berkaitan dapat mengubati penyakit ini yang dihidapi sejak enam tahun lalu,” kata Arzahari Abu Bakar, 30, dari Taman Semarak Fasa 2, dekat sini, semalam. 

Katanya, dia menghidap penyakit untut gajah itu secara misteri selepas demam panas pada 31 Ogos 2003 lalu ketika tinggal di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

“Sehari sebelum itu, saya ada mengambil ubat di klinik bagi meredakan demam panas, namun terperanjat kerana sebaik bangun tidur keesokannya, kaki kanan saya membesar dan membengkak kemerahan. 

“Saya tidak pasti penyakit itu disebabkan ubat yang diambil atau kerana kesan lain seperti gigitan nyamuk dan sebagainya,”
katanya. 

Katanya, akibat penyakit itu dia kehilangan pekerjaan sebagai pembantu kedai dengan gaji RM500 sebulan. 

Arzahari ditemui Harian Metro selepas menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Kedah, Shahanim Mohamad Yusof; Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Muda, Mohamad Md Nor dan Ketua Umno Cawangan Taman Semarak, Rumaizi Mohd Ghazali. 

Menurutnya, pada keadaan biasa dia tidak berasa sakit tetapi setiap kali demam dia akan mengalami bisa pada kaki kanannya. 

“Apabila berjalan, saya masih boleh menapak. Saya risau jika tidak diubati terpaksa pula menyeret kaki. 

“Setakat ini, segala persiapan seperti mandi, makan dan berpakaian dilakukan sendiri. Justeru, saya berharap ada pihak berkaitan dapat membantu meringankan beban saya,”
katanya. 

Sementara itu, ibu Arzahari, Raja Rogayah Raja Hashim, 56, berkata buat masa sekarang anaknya terpaksa berulang alik ke Klinik Kesihatan Berapit, Bukit Mertajam bagi mengambil ubat tahan sakit. 

“Arzahari dinasihatkan agar ke klinik itu dua bulan sekali bagi memantau perkembangan penyakitnya itu. Sebagai ibu tunggal, saya amat bersimpati dengan nasibnya namun menyerahkan kepada takdir selepas berusaha mengubatinya,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...