Sumber polis berkata, dalam kejadian itu mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga mendakwa terserempak dengan suspek kira-kira jam 1 tengah hari berhampiran kawasan Kuala Selangor di sini, Sabtu lalu.
Menurutnya, suspek mengarahkan remaja itu membuka seluarnya dengan alasan dia jurulatih sukan dan ingin melakukan pemeriksaan tubuh.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah kosong tidak jauh dari lokasi berkenaan sebelum mangsa diarah memegang kemaluannya.
“Pada masa sama suspek turut memaksa mangsa melakukan oral seks terhadapnya selain melakukan ciuman pada mulut dan dada,” katanya.
Mangsa yang dilepaskan selepas kejadian pulang ke rumah tanpa menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya.
“Namun, dua hari kemudian, mangsa yang mengalami tekanan emosi akibat insiden itu menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
“Mangsa dibawa ke balai polis untuk membuat laporan. Susulan kejadian itu polis menjalankan siasatan sebelum suspek berusia 35 tahun diberkas,” katanya.
Siasatan mendapati suspek bukan bekerja sebagai jurulatih sukan sebaliknya seorang pekerja penghantar di sebuah restoran makanan segera.
Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang gadis berusia 26 tahun menjadi mangsa perkosa tiga lelaki di sebuah rumah di Seksyen 18, Shah Alam.

No comments:
Post a Comment