Thursday, May 7, 2009

Pelajar akui ketagih ‘teh lalok’




dapatkan tenaga luar biasa." title="GIAN...Wan (kiri) mengaku ketagih pil kodein untuk
dapatkan tenaga luar biasa." height="198" width="300" border="0">
GIAN...Wan (kiri) mengaku ketagih pil kodein untuk
dapatkan tenaga luar biasa.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang ketagih meminum ‘teh lalok’ mendakwa minuman yang dicampur pil kodein boleh mendatang pelbagai reaksi luar biasa antaranya tidak sakit ketika ditumbuk serta tidak penat walaupun bersukan lebih tiga jam tanpa henti.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 17, berkata, sebelum ini kerap diajar rakan minum ubat batuk kodein dalam bentuk cecair yang dibeli dari beberapa kedai ubat dan kedai sinseh.

Menurutnya, bagaimanapun ubat batuk berkenaan mula diminumnya sejak dua tahun lalu semakin sukar diperoleh selain harganya meningkat RM20 bagi botol kecil.

“Bagaimanapun kewujudan pil kodein satu rahmat bagi kami kerana lebih murah dan senang dibawa dalam kotak rokok atau bekas pensel.

“Berbanding cecair ubat batuk yang perlu dicampur dengan air sebelum diminum, pil ini boleh ditelan terus atau dikunyah perlahan-lahan untuk merasai kesan khayalnya,” katanya yang ditemui selepas operasi Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, kesan pil khayal terbabit lebih dirasai nikmatnya jika diminum bersama air berkarbonat atau teh dan kopi panas.

Dia mendakwa mengetahui mengenai penjualan teh dengan campuran pil kodein di kedai minuman berkenaan selepas diberitahu rakannya.

“Saya pernah beberapa kali mencubanya namun selepas mendapati harganya agak mahal saya lebih berminat memakan pil itu,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...