Sunday, October 4, 2009

Ramalan gempa lebih besar Sumatera


PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dengan kekuatan 39 anggota tiba bersama peralatan di Padang semalam bagi membantu operasi mangsa gempa.


KUALA LUMPUR - Selepas tragedi gempa bumi berskala 7.6 Richter di Padang, Sumatera Barat pada 30 September lalu, satu lagi kejadian yang sama dijangka melanda utara kawasan tersebut dalam masa terdekat dengan kesannya mungkin dirasai penduduk Semenanjung Malaysia.

Serentak dengan itu, penduduk Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan sebahagian Selangor diminta berwaspada menghadapi senario gegaran jika gempa susulan ini melebihi 7 skala Richter.

Pengarah Bahagian Geologi dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Mohd. Rosaidi Cheabas berkata, pada masa ini proses pengumpulan tenaga tektonik dikesan sedang berlaku di kawasan Laut Andaman hingga Kepulauan Jawa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...