SHAH ALAM: Seorang anak peniaga kedai runcit tidak menjadikan kemiskinan dalam hidupnya sebagai alasan untuk tidak berjaya, sebaliknya dia menjadikan kekurangan itu sebagai pendorong untuk belajar bersungguh-sungguh, sekali gus menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-72 di Dewan Seri Budiman di sini, kelmarin.
Pada konvokesyen itu, Siti Humaira Ramly, 26, dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dan Seni Reka.
Beliau mencatat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.84 untuk melayakkannya menerima Anugerah Naib Canselor iaitu anugerah tertinggi yang diberikan UiTM kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap mata pelajaran diambil.
Ditemui selepas konvokesyen, Siti Humaira berkata, kepayahan ibunya bekerja membesarkannya dan seorang adik menyebabkan dia ingin membalas jasa dan pengorbanan ibunya.
“Ayah meninggal dunia ketika usia saya baru 15 tahun dan selepas itu, ibu meneruskan perniagaan kedai runcit berkenaan kerana ayah pernah berpesan selagi sihat tubuh badan jangan tutup kedai itu.
“Atas dasar tanggungjawab yang diberikan, setiap hari ibu akan bangun seawal jam 4 pagi untuk membeli barangan basah di pasar besar sebelum memulakan perniagaan sehingga jam 7 malam,” katanya yang memakai pakaian dan aksesori pemberian ibu saudara untuk nampak cantik ketika menerima ijazahnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Balasjasaibu/Article
No comments:
Post a Comment