murni@hmetro.com.my
2010/06/03
KAJANG: Seorang wanita menceritakan dengan nada sebak berhubung keperitan dihadapinya dengan lima anak yang kadang-kadang terpaksa berpuasa berikutan kesempitan wang selepas bekas suaminya gagal memberi sebarang nafkah.
Plaintif diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Ariffadzilah yang kini mengahwini penyanyi Rifa atau Sharifah Azizah Syed Zin (sebelum ini kumpulan Wildkatz sebelum menjadi penyanyi solo) diwakili Ahmad Tarmizi Shariff.
Menurut Rosmawati, selepas bercerai pada 25 Februari 2005, defendan gagal membayar nafkah anak sehingga kini sehingga dia terpaksa membuat permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat potongan gaji kerana bekas suaminya itu sebelum ini bertugas sebagai anggota polis.
“Bagaimanapun potongan itu sudah terhenti kerana bekas suami tidak lagi bekerja sebagai polis. Saya ada menerima surat daripada Jabatan Logistik Bukit Aman mengatakan tiada lagi pemotongan dibuat.
“Selepas itu saya terpaksa mendapatkan bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara anak-anak. Saya diceraikan tanpa sebab dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan,” katanya.
Terdahulu, dalam prosiding semalam, Fakhrul mengemukakan kepada mahkamah laporan polis berhubung keganasan rumah tangga yang dibuat Rosmawati serta beberapa keratan serta akhbar berhubung majlis perkahwinan defendan yang dibuat secara besar-besaran di sebuah hotel.
Pasangan itu bernikah pada 29 November 1992 dan dikurniakan lima cahaya mata berusia 19 hingga 11 tahun.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Nik Hasrul Nizam Mustapha bersambung 29 Julai ini.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/6beranaktahanlapar/Article
No comments:
Post a Comment