KUALA LUMPUR: “Hanya pendekatan psikologi, tiada unsur sihir mahupun jenayah,” tegas Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika mengulas tindakan seorang guru sebuah sekolah memaksa muridnya minum air jampi yang didakwa mampu menurunkan bala.
Menurutnya, semua murid yang minum air berkenaan tidak mengalami sebarang kesakitan atau muntah darah seperti didakwa guru berkenaan.
“Pendekatan itu digunakan guru terbabit kerana mahu menjejaki seorang daripada ratusan murid sekolah berkenaan yang mencuri telefon bimbit milik seorang guru wanita.
“Malah, air yang diberi kepada murid hanya air mineral dan bukan air yang disihir seperti dakwaan sebelum ini,” katanya.
Zakaria berkata, kejadian itu terjadi pada hujung bulan lalu dan kesilapan mungkin berlaku disebabkan seorang daripada waris murid terbabit tampil membuat laporan kejadian itu, Isnin lalu.
“Jadi soal paksa murid berbuka tidak timbul...Ia hanya salah faham kerana laporan itu baru dibuat waris berkenaan.
“Dalam laporannya dibuatnya itu, waris terbabit mendakwa tidak puas hati terhadap tindakan guru yang memaksa murid meneguk air berkenaan sebelum mendakwa air itu mampu menurunkan bala kerana bimbang perkara yang dicanangkan benar-benar berlaku.
“Malah, semua murid sudah diterangkan mengenai keadaan sebenar dan mereka kembali ke sekolah seperti biasa.
“Semuanya sudah jelas dan saya menasihatkan semua pihak supaya tidak memperbesarkan perkara ini,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadaunsursihir/Article
No comments:
Post a Comment