Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I) yang dikurniakan sebelum ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, penarikan balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa pada 2 Disember lalu dan sudah dimaklumkan melalui surat bertarikh 3 Disember lalu. Beliau turut mengumumkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili I) kepada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, serta pelantikan Jaksa Pendamai (JP) berkuat kuasa tarikh sama. “Kedua-dua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas dimaklumkan melalui surat yang diserahkan pada 3 Disember llau. “Adapun penarikan ini hak ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda jua sebagai mana penarikan balik darjah kebesaran kepada beberapa orang penerima anugerah sebelum ini,” katanya pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini, malam kelmarin. Mohd Aiseri, yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) berkata, penarikan balik darjah Tengku Razaleigh disebabkan beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan Sultan yang disiarkan akhbar Cina pada 14 September lalu. Difahamkan artikel tersebut meragui pelantikan Sultan Muhammad-ke V sebagai pemerintah Kelantan. Sebelum ini, Tengku Razaleigh digugurkan daripada MPN kerana tidak menghadiri mesyuarat tanpa keizinan majlis itu. Dalam pada itu, Ahli MPN, Datuk Mohd Shukri Mohamed berkata, penarikan tauliah Yaacob ada kaitan dengan tindakan beliau mengeluarkan kenyataan semasa menjadi peguam kepada Sultan Ismail semasa prosiding perbicaraan terhadap pelantikan Sultan Kelantan di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Oktober lalu. Pada Oktober lalu, Sultan Muhammad ke-V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu, termasuk gelaran ‘Datuk’ kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud. Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan, Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor. http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8493327.asp |
No comments:
Post a Comment