Monday, January 17, 2011

Isu Misbun hampir selesai - Shabery

KEMELUT mengenai peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton kebangsaan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Ia hasil daripada pertemuan terbaru di antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Misbun malam kelmarin.

Shabery berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau melihat keterbukaan Misbun dan menjangkakan bekas jaguh badminton negara itu bakal membuat kenyataan posi- tif dalam tempoh terdekat.

"Saya percaya perkara ini akan selesai tetapi ia bergantung kepada semua pihak agar melihat isu itu secara terbuka, tenang, tidak emosi dan mengutamakan kepenti- ngan negara," kata Shabery pada sidang akhbar majlis Pelancaran Acara Amal Berbasikal Ride For Gaza di Putrajaya semalam.

Shabery berkata, usaha untuk mewujud- kan pemain bertaraf dunia mengambil masa berpuluh tahun, namun ia boleh hancur dengan cepat sekiranya isu yang timbul di- nilai mengikut perasaan.

Mengulas lanjut, beliau menambah, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Misbun perlu mengadakan perbincangan tertutup sebelum membuat kenyataan kepada pihak media bagi mengelakkan konflik berterusan.

"Membina kelompok pemain bertaraf dunia bukan boleh dibina setahun dua. Ia sudah menjadi satu binaan yang begitu kuat yang dibina berpuluh tahun lamanya.

"Tetapi kalau kita melihat perkara ini secara emosi, mengikut perasaan dan seba- gainya, apa yang dibina itu akan hancur dan runtuh dalam masa yang sekejap.

"Saya rasa ia akan mengambil masa yang lebih lama lagi untuk membinanya kembali kerana keyakinan rakyat, pemain dan ibu bapa untuk menghantar anak mereka dan mengorbankan anak mereka (menyertai skuad badminton negara) akan habis.

"Ini disebabkan mereka tidak tahu apakah mereka menghantarnya pada satu institusi atau pihak yang benar-benar mengambil kira kepentingan anak mereka atau atlet dan negara melebihi segala-galanya," katanya.

Misbun yang melatih jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu meletakkan jawatan menerusi e-mel ke pejabat BAM pada 31 Disember 2010 yang juga tarikh tamat kontraknya dengan BAM.

Beliau berbuat demikian kerana dikata- kan kurang senang dengan perubahan besar dilaksanakan BAM dalam struktur lati- han.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...