Monday, January 17, 2011

Lelaki ugut bunuh isteri

TEMERLOH: Akibat cemburu selepas mengesyaki isteri ada hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang suami mengugut membunuh isterinya menyebabkan mangsa ketakutan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang, 10 Januari lalu di Taman Rimba, Mentakab, dekat sini, suami mangsa yang berusia 33 tahun dan tinggal di Kuala Lumpur datang bertemu mangsa yang berniaga di pasar besar Taman Rimba sebelum mereka bertengkar.


Suami mangsa mengugut membunuhya menyebabkan mangsa takut.

Mangsa yang mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh, Khamis lalu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakiugutbunuhisteri/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...