Monday, January 24, 2011

Muntah darah dibuli pelajar senior


RAUB – Seorang bapa mendakwa anaknya, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah, di sini, menjadi mangsa buli pelajar dari sekolah sama.

Zulkifli Abdullah, 48, berkata, dia dihubungi warden asrama memaklumkan anaknya dimasukkan ke Hospital Raub kerana sakit perut.

Bagaimanapun katanya, kejadian pada malam Isnin lalu itu menimbulkan keraguan apabila dia mendapati anaknya, Amirul Safwan, 13, dalam keadaan amat lemah dan pucat.

“Timbul rasa curiga ketika melihat keadaan anak yang terpaksa diberi lapan botol air melalui tiub sepanjang beberapa hari tinggal di wad.

Zulkifli berkata, dia berkali-kali bertanya kepada anaknya tentang insiden sebenar yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya berkeadaan begitu.

Katanya, anaknya mendakwa pernah dibuli ketika penggal pertama persekolahan bermula dan diberi amaran keras supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pengurusan sekolah serta ibu bapa.

“Difahamkan, anak saya dipukul dan ditendang beberapa kali di perut dan bahagian badan lain sehingga tidak bermaya hanya kerana tidak mahu mengikut kata pelajar senior yang memintanya membasuh pakaian mereka, mengambil makanan dan sidai serta angkat baju di ampaian.

“Amirul Safwan muntah darah sebelum dibawa rakannya berjumpa warden asrama dan kemudian dirujuk ke hospital,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8658913.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...