Monday, January 24, 2011

Teh lebih baik daripada air?




LONDON - Berasa dahaga? Teh mungkin minuman terbaik untuk anda, menurut kajian terbaru di Eropah.

Kajian sepasukan pakar pemakanan itu menunjukkan teh bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi juga mempunyai kebaikan kesihatan tambahan.

Pakar nutrisi, Carrie Ruxton berkata, pengambilan air pada dasarnya hanya untuk menggantikan cecair dalam badan tetapi teh mampu memberi kesan sama selain mengandungi antiokdsida yang dapat mengelakkan serangan jantung dan barah.

"Ada bukti jelas pengambilan tiga atau empat cawan teh sehari mengurangkan risiko sakit jantung," katanya.

Selain itu, teh juga memberi perlindungan terhadap pembentukan plak dan kerosakan gigi serta menguatkan tulang.

Yayasan Nutrisi Britain menggalakkan individu mengambil lapan gelas air setiap hari tetapi kajian terbaru ini menunjukkan pengambilan beberapa cawan teh sehari dapat meningkatkan kandungan antioksida dalam badan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8656674.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...