Lim: Agensi berita putar belit kenyataan TPM
Susan Loone
Feb 7, 11
4:56pm
Feb 7, 11
4:56pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar yang memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa beliau agar membenarkan orang Melayu untuk berniaga di negeri itu.
Lim berkata untuk berlaku adil kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak menamakan mana-mana kaum dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka BN di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Lim berkata ia menunjukkan seolah-olah ada pihak yang cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman sedangkan Muhyiddin tidak meminggir mana-mana kaum pada ucapannya.
"Beliau tidak namakan mana-mana satu kau...malah kenyataan timbalan perdana menteri juga boleh diputar bgelit...ini amat bahaya,” kata Lim pada sidang akhbar hari ini.
"Saya di sana...kita tidak boleh tangkis apa yang tiada di sana...jangan letak kata-kata ke mulutnya (Muhyiddin)," katanya memberi amaran.
Lim kemudiannya meminta beberapa wartawan yang menghadiri sidang akhbar semalam untuk mengesahkan sama ada apa yang dikatakan oleh Muhyiddin adalah seperti yang dilaporkan dan semua yang hadir setuju Muhyiddin tidak berkata demikian.

Main politik
Semalam Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: “(Jika) Melayu berniaga, dia susah, bagilah dia peluang berniaga termasuk sesiapa juga yang mahu mencari nafkah sendiri dan mencari makan".
Sehubungan itu, menurut Lim jika pihak-pihak tertentu ingin main politik mereka harus berpegang kepada prinsip dan bukannya dengan cara yang tidak bermaruah.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/155419
No comments:
Post a Comment