Tuesday, February 8, 2011

Panel pita Lingam 'dibenar cabar' keputusan

Panel pita Lingam 'dibenar cabar' keputusan
Hafiz Yatim
Feb 7, 11
2:00pm

Mahkamah Persekutuan hari ini meluluskan permohonan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan, tahun lalu yang membenarkan dua bekas hakim negara dan peguam Datuk VK Lingam mencabar penemuan suruhanjaya berkenaan berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequencePanel tiga anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff membenarkan permohonan yang dibuat oleh suruhanjaya berkenaan yang diwakili oleh pendakwaraya kanan persekutuan, Azizah Nawawi.

Anggota lain adalah hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ketiga-tiga halim itu bersetuju membenarkan persoalan: 'Sama ada penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan mengikut Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Inkuiri 1950 boleh disemak mengikut Peraturan 53, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980...'

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan dua lawan satu, memutuskan Lingam mempunyai hak untuk mencabar penemuan suruhanjaya berkenaan.

Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan yang dibuat oleh Lingam dan dua bekas ketua hakim negara - Tun Eusoff Chin dan Tun Sheikh Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

azlanDalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan AktaProfesion Undang-undang 1976.

vk lingam scandal mahathir eusoff chin adnan fairuz vincent lingamKecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Suruhanjaya itu, yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas peguam cara Puan Sri Zaitun
Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu dan menyelesaikan siasatan pada 15 Feb 2008.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155389

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...