Sunday, March 20, 2011

Kes ‘sexting’ meningkat

LONDON: Sebilangan kanak-kanak - sesetengahnya semuda 11 tahun - mengambil imej pornografi diri sendiri dan menukarnya dengan rakan mereka melalui telefon bimbit atau Internet, lapor pakar, semalam.

Satu kajian mendedahkan 40 peratus kanak-kanak berusia 11 - 14 tahun menggunakan telefon bimbit atau komputer untuk menghantar gambar diri sendiri atau menerima imej bogel dan separuh bogel rakan mereka.


Lebih daripada separuh golongan muda yang menghantar imej ini - trend yang dikenali sebagai ‘sexting’ - berbuat demikian walaupun tahu gambar berkenaan akan diedarkan kepada sebilangan penerima lain.

Empat dalam 10 daripada 11,000 kanak-kanak yang dikaji selidik merasakan wajar untuk mengedarkan gambar separuh bogel pelajar perempuan di sekolah mereka.


Pakar berkata, penemuan itu menunjukkan perubahan ketara pandangan kanak-kanak terhadap pornografi Internet - untuk menghasilkannya sendiri. Trend yang mengejutkan itu ekoran daripada saluran maklumat mengenai pornografi Internet dan seterusnya mendorong pelajar lelaki mengharapkan teman wanita mereka mudah melakukan hubungan dan menayangkan tubuh mereka. - TS

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kes__8216_sexting__8217_meningkat/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...