Monday, July 25, 2011

Aktivis S'wak Hii dibenar keluar dari wad psikiatri

Wong Teck Chi
Jul 24, 11
8:23pm

Aktivis Sarawak, Hii Tiong Huat, yang telah dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak polis Jumaat lalu, telah dibenarkan keluar petang ini.

NONEHii (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa dia dibenarkan
keluar dari wad tersebut pada jam pada jam 2:45 petang, selepas isterinya tiba dari Sibu malam semalam untuk membawanya pulang.

Isterinya itu dibantu oleh peguam Yohendra Nadarajan untuk membolehkan Hii dibenarkan keluar dari hospital tersebut.

Bagaimanapun Hii berkata dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan hospital.

Katanya, polis telah dihantar ke wad psikiatri tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

NONE"Ini tidak bermoral, mereka telah menipu saya. Saya mahu pihak
polis membawa saya ke hospital untuk memeriksa kecederaan saya, tetapi mereka menghantar saya ke wad psikiatri."

Beliau juga tidak puas hati dengan HKL kerana merawat dia sebagai orang tidak siuman dan memasukkanya ke wad selama dua hari.

"Pihak hospital juga telah menyalahgunakan kuasa mereka. Doktor perlu menggunakan kemahiran profesional mereka untuk memastikan bahawa saya normal dan membenarkan saya pulang."



http://malaysiakini.com/news/170908

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...