Monday, July 25, 2011

PAKATAN TETAP TOLAK BIOMETRIK

POSTED BY ADMIN ON JULY 25TH, 2011

Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian untuk menolak sistem biometrik yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem itu kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangor ku di sini malam tadi.

Seiring dengan pendapat Dr Wan Azizah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sistem biometrik lebih berisiko untuk dimanipulasi pihak berkepentingan walaupun ia boleh melakukan proses pengesahan pengundi secara elektronik.

Katanya, perkara ini lebih ketara memandangkan pemberian kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa kebelakangan ini, lapor The Malaysian Insider.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...