Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis
Jimadie Shah Othman
Jul 9, 11
7:41pm
Jul 9, 11
7:41pm
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.
"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.
Menurut Ismail (kiri), perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.
Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.
"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.
'Macam kenduri'
Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.
"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.
Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.
"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.
Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.
Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehinggai banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu.

http://malaysiakini.com/news/169423
No comments:
Post a Comment