Polis mula mengetatkan kawalan dipersimpangan Jalan Maharajalela-Jalan Stadium sejak 1.38 tengahari tadi dengan berkubu dan meletakkan pagar dawai berduri. Mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana mendapat khabar terdapat kumpulan penyokong Bersih 2.0 yang sedang mara dari arah Jalan Petaling.
Manakala unit Pasukan Polis Simpanan (FRU) sudah bersedia didalam trak dihadapan Balai Polis Tun H.S.Lee.
Disebabkan Stadium Merdeka dikawal ketat polis dari Jalan Merdeka dan Jalan Maharajalela, orang awam dipercayai penyokong Bersih 2.0 mula berlegar dan berkumpul disepanjang Jalan Petaling disini.
Setakat ini 15 peguam pemerhati daripada Bar Council berjaya mohon daftar masuk ke Jalan Stadium daripada polis.
Setakat jam 11.15 pagi tadi, keadaan di sekitar Stadium Merdeka di sini kelihatan terkawal. Polis dilihat melakukan sekatan jalan raya dipersimpangan Jalan Maharajalela dan Jalan Stadium.
Manakala kira-kira 30 anggota polis dan tentera beserta trak kelihatan berlegar dan bersiap sedia diluar pintu masuk stadium.
Sementara diruang udara stadium pula kelihatan helikopter polis berlegar setiap lima minit.
Walaupun pihak polis membuat tangkapan dan melepaskan gas pemedih mata, para penyokong Bersih dijangka berarak dan berkumpul di Stadium Merdeka dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang hari ini.
Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.
Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.
Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
http://www.kl-today.com/2011/07/polis-ketatkan-kawalan-stadium-merdeka/
No comments:
Post a Comment