

 “Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan  ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu  kenyataan dikeluarkan dari Mekah.
“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan  ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu  kenyataan dikeluarkan dari Mekah.Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno.
“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”
“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?
 “Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa  himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan  untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.
“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa  himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan  untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada 9 Julai itu hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.
Hati remuk
Beliua juga merupakan seorang daripada 91 individu yang dikenakan larangan perintah mahkamah daripda memasuki Kuala Lumpur.
“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh  dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. “Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti  dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT,”  katanya.
“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti  dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT,”  katanya.
Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi, jangan lupa  menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.
“Umno barangkali tidak  tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata  Nik Aziz lagi.
Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup  remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat  ditangkap oleh polis kerana menyertai BERSIH 2.0.
“Hati saya cukup remuk  mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat  ini. “Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua  orang,” katanya.
“Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua  orang,” katanya.
Antara ribuan yang ditangkap itu termasuk empat pemimpin  tertinggi PAS.
Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk  Mahfuz Omar.
Semuanya dilaporkan dibebaskan sebelum tengah malam semalam.
http://malaysiakini.com/news/169448
 
 

No comments:
Post a Comment