Monday, July 4, 2011

PAS kesal pemaju gagal kebal tindakan undang-undang

Afiq Hizami, Pelatih UKM

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Exco perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) kesal kerana pemaju perumahan yang gagal menyiapkan rumah mereka masih dilihat kebal dari tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa.

Beliau mengulas perhimpunan amam yang telah diadakan baru-baru ini oleh pembeli yang kecewa dengan pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek mereka di hadapan lobi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyerahkan memorandum rayuan kepada Menterinya iaitu Datuk Wira Chor Chee Heung.

"Kenyataan akhbar tidak menyelesaikan masalah rakyat, tetapi dengan polisi dan gerak kerja yang akan dilakukan," kata beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor di samping Ahli Dewan Undangan Negeri PAS di Cempaka.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan negeri Selangor akan melaksanankan beberapa gerak kerja serta polisi yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah pembeli rumah terbengkalai ini.

Difahamkan sebelum ini, pembeli telah banyak membuat aduan terhadap pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pemaju tersebut namun dan ternyata tindakan mereka itu seumpama pepatah mencurah air ke daun keladi.

Dalam perhimpunan itu, hampir 380 ribu keluarga pembeli yang teraniaya dalam tiga projek perumahan terbengkalai daripada pemaju yang tidak bertanggungjawab iaitu syarikat Talam Corporation, Capital land dan U10 Shah Alam.

Melalui pihak Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG), pihaknya mendakwa membuat beberapa aduan bermula 2008 terhadap pemaju Capital Land mengenai projek rumah terbengkalai Servis Apartment dan Rumah Bandar Casa Gemilang di Sungai Pusu, Gombak.

Sebelum ini mereka telah membuat aduan ke Majlis Pembandaran Selayang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) namun masih juga tiada jalan penyelesaian.

(Mangsa projek perumahan terbengkalai memakai baju jingga ketika menyerahkan memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT).

Pada tanggal 1 Mac 2009 laporan polis juga dibuat di Balai Polis Gombak oleh pihak BBCG namun tiada tindakan yang dilihat diambil terhadap pemaju.

Menjelang 2010 BBCG membuat aduan pula kepada pihak kerajaan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bagi menyelesaikan masalah mereka namun masih tiada nampak jalan penyelesainnya.

Justeru itu, BBCG mengadakan piket aman di hadapan pejabat pemaju pada 18 Januari 2011 setelah hilang tempoh bersabar dan bosan dengan sikap pemaju yang keras kepala.

Pada tahun yang sama, BBCG telah membuat satu lagi aduan kepada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mendapatkan bantuan bagi memperjuangkan hak pembeli yang juga sebagai pengguna yang rata-ratanya pembeli Casa Gemilang juga sebenarnya dalah beragama Islam.

Seterusnya, BBCG bersepakat untuk melantik peguam bagi menuntut pemulangan semua bayaran dan kerugian yang ditanggung terhadap pembeli yang masih aktif S&P dan pembeli yang telah ditamatkan S&P oleh pemaju serta pembeli yang sukarela menamatkan S&P.

Namun, Sehingga sekarang semuanya tidak berhasil Pemaju juga seolah-olah kebal dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa negeri dan persekutuan.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4160-pas-kesal-pemaju-gagal-kebal-tindakan-undang-undang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...