Ogos 16, 11
10:59am
Katanya, walaupun ikrar kerajaan bagi memastikan pilihan raya yang bebas dan adil adalah dialu-alukan, Najib perlu memperluaskan skop jawatankuasa itu termasuk merujuk kepada wakil-wakil masyarakat sivil.
"Saya percaya meneliti lapan tuntutan segera BERSIH mesti menjadi keutamaan. Kami berharap untuk melihat pembabitan masyarakat sivil dalam proses ini. Kami juga bersedia untuk membantu.
"Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Ambiga dalam SMS dari UK, di mana beliau sedang bercuti.
Sementara itu, ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan adakah cukup jika Najib cuma berhasrat memperbetulkan sistem pilihan raya dengan cuma menggubal jawatankuasa terpilih parlimen.
“Ironinya Perdana Menteri sendiri telah mengakui bahawa wujud kepincangan dalam tatacara pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia.
“Penubuhan ini seperti baru sahaja terfikir di fikiran Perdana Menteri setelah bukti demi bukti wujudnya senarai daftar pemilih yang bertindih dan wujudnya bukti kukuh bahawa JPN dan SPR diperalat sepenuhnya oleh Umno-BN untuk mendapat undi dari PATI (pendatang asing tanpa izin) yang diberikan MyKad,” katanya.
Menurut Khalil Idham (kanan) yang juga ketua penerangan PAS Perak, pilihan raya di negara ini tidak akan adil dan bersih, selagi lapan tuntutan BERSIH 2.0 belum ditunaikan.
“Hal sebenar yang rakyat patut tahu ialah jika lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH pada 9 Julai lalu ditunai, maka dengan sendirinya Umno-BN bakal meletakkan mereka dalam kepastian bahawa BN bakal lenyap dari lanskap politik Malaysia,” katanya.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/173120
No comments:
Post a Comment