There was an error in this gadget

Wednesday, August 17, 2011

BERSIH beri tempoh tiga bulan kepada JK terpilih

Nigel Aw
Ogos 16, 11
6:40pm

BERSIH 2.0 mengemukakan satu senarai menggariskan perubahan yang perlu dipertimbangkan oleh jawatankuasa terpilih parlimen.

Antara lainnya, BERSIH menuntut supaya laporan pertama yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mengandungi dengan perubahan segera yang perlu dijalankan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Jawatankuasa itu juga perlu menyiapkan laporannya dalam tempoh tiga bulan selepas pembentukannya, kata seorang anggota jawantkuasa pemandu BERSIh, Maria Chin Abdullah.

Perubahan segera yang perlu dilakukan BERSIH itu ialah:

  • Pendaftaran pengundi dan kemaskini data pengundi secara automatik
  • Prosedur baru untuk mengenalpasti dan memadam pendaftaran pengundi secara salah
  • Menghalang pemindahan pengundi yang bukan dijalankan secara sukarela
  • Menurunkan kelayakan mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun
  • Pembaikan ke atas proses pengundi pos atau pengundi tidak hadir
  • Melaksanakan penggunaan dakwat kekal
  • Tempoh kempen minimum selama 21 hari
  • Garis panduan kepada media semasa tempoh pilihan raya
  • Penyiasatan dan penguatkuasaan untuk menyekat pembelian undi
  • Kehadiran pemerhati antarabangsa untuk pilihan raya akan datang

Selain itu, BERSIH turut menuntut supaya jawatankuasa terpilih berkenaan menyediakan laporan kedua berhubung pembaikan jangka panjang yang memperincikan aspek teknikal sistem pilihan raya.

  • Kajian ke atas persempadanan semula terakhir yang dijalankan
  • Pembaikan ke atas pembiayaan parti dan pilihan raya termasuk memperkenalkan pembiayaan awam
  • Menguatkuasa akta baru berhubung neutraliti pentadbiran dan kerajaan sementara
  • Mewujudkan semula pilihan raya bagi kerajaan tempatan
  • Tindakan baru bagi menghalang wakil rakyat lompat parti dan hak kepada wakil rakyat untuk bertanding semula selepas meletakkan jawatan
  • Kajian semula ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • Bidang tugas inkuiri suruhanjaya diraja berhubung penambahbaikan pilihan raya

Chin berkata, laporan kedua itu diharapkan akan dapat disiapkan dalam tempoh satu tahun dan implementasikan pula dalam tempoh satu tahun.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/173216

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...